10 Ciri Wanita Hebat

FB_IMG_1457402516966
FB_IMG_1457402516966

Selamat Hari Wanita Sedunia

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada tarikh hari ini 08 Mac 2016 admin ingin mengupas peranannya yang menjadi sumber inspirasi oleh lelaki iaitu pasangannya sehingga berjaya. Memang tidak dinafikan wanita adalah makhluk Allah yang diciptakan sangat lembut dan sopan santun perwatakannya tidak kasar.

Berikut di bawah adalah 10 Kehebatan wanita di sebalik kejayaan lelaki :

1. Pendengar Yang Setia.

Kesetiaan adalah sifat wanita yang terpuji tidak akan sekali-kali meninggalkan pasangannya dalam keadaan baik, susah ataupun senang.

2. Bersikap Penyabar.

Penyabar adalah salah satu sikap mulia wanita yang selalu menerima dengan tabah setiap masalah yang dihadapi dalam rumah tangganya.

3. Berjiwa Besar.

Berjiwa besar adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri kaum Hawa ini, dimana dia dapat menerima keadaan pasangannya dalam hal apapun dan selalu merasa bahagia dan bersyukur.

4. Sanggup Berkorban.

Sanggup berkorban adalah satu perkara yang amat sukar dan jarang dipilih oleh kaum Hawa. Hanya segelintir yang berhati waja sahaja yang rela meninggalkan kesenangan, keselesaan yang dimilikinya demi pasangan hidup yang telah dipilihnya.

5. Mudah Memaafkan

Mudah memaafkan jika suami melakukan kesalahan. Dengan memaafkan juga akan membantu suami untuk menjadi lebih baik dan dewasa di masa depan.

6. Selalu Menyokong.

Wanita hebat yang mendukung pasangannya adalah wanita yang siap selalu memberikan dorongan bagi pasangannya dalam apa jua bentuk keadaan.

7. Selalu Mendoakan.

Wanita hebat adalah wanita yang selalu mendoakan kebaikan dan kejayaan suaminya walau seburuk mana pun perangai suaminya itu dia tetap tidak lupa mendoakan.

8. Memberi Sepenuh Perhatian.

Isteri yang memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan di dalam rumah tangga akan membuat suami menjadi semakin cinta dan sayang. Suami memerlukan perhatian isteri dalam segala hal.

9. Selalu Membantu Dan Menghulurkan Tangan.

Wanita hebat yang selalu membantu pasangannya adalah wanita yang siap sedia menghulurkan tangan ketika suaminya berada di dalam kesulitan apapun.

10. Setia Menemani

Setia menemani pasangannya walau dalam keadaan apa sekali pun baik susah atau senang.

Oleh itu wahai kaum Adam. Bersempena Hari Wanita Sedunia ini, hargailah wanita hebat yang sentiasa berada disisimu. Bimbinglah dia menuju Syurga dan jika silap langkah atau perbuatannya tegurlah dengan niat mendidik kerana segala dosa wanita yang menjadi isterimu itu akan dihitung melalui dirimu. Didiklah wanita hebat ini menjadi wanita Solehah kerana dia adalah diciptakan dari tulang rusuk kirimu. Lindungilah dia daripada fitnah dunia. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/