10 Fakta Kemaluan Lelaki

Kemaluan Lelaki
Kemaluan Lelaki

Kemaluan Lelaki

Kemaluan lelaki dikenali atau dipanggil dengan zakar, konek, penis, batang, punai, bebird, boboi, adik dan banyak lagi di dalam masyarakat kita mengikut lapisan umur masyarakat di Malaysia. Namun sebagai lelaki apa yang anda benar-benar tahu atau mengenali lebih dekat lagi fungsi kemaluan lelaki ini?

Berbeza dengan wanita sememangnya kaum hawa ini lebih mengambil berat tentang bahagian badannya terutamanya bahagian sulit mereka. Kitaran haid juga dicatatkan untuk memudahkan mereka. Sedikit perubahan pada badan pasti akan diketahui dengan pantas. Tetapi sejauh mana lelaki kenal bahagian badan mereka terutamanya kemaluan mereka sendiri?

Berikut di bawah ini merupakan 10 fakta mengenai kemaluan lelaki yang mungkin mereka sendiri tidak tahu.

1. Angel Lust

Sekiranya mayat seseorang lelaki dijumpai tergantung, dia turut akan mengalami ereksi yang dipanggil ‘angel lust’

2. Tak Pakai Seluar Dalam

9 peratus lelaki di seluruh dunia memilih untuk tidak memakai seluar dalam. Ini bagi membolehkan zakar mereka bernafas dan merasa selesa bila menegang.

3. Zakar Panjang Dan Kesuburan

State University of New York telah membuktikan logik yang mengatakan, lebih panjang alat sulit atau kemaluan lelaki, lebih mudah untuk sperma berenang untuk proses ovulasi.

4. Zakar Besar

Lelaki Perancis dikatakan mempunyai purata saiz alat sulit atau kemaluan lelaki terbesar iaitu 6.2 inci.

5. Klimaks 6 Saat

Lelaki mencapai kemuncak klimaks selama 6 saat sahaja dengan kadar 28 batu sejam.

6. Merokok Pendekkan Kemaluan Lelaki

Merokok boleh memendekkan alat sulit atau kemaluan lelaki sekurang-kurangnya 1cm. Ereksi dipengaruhi oleh pengaliran darah dan merokok boleh membuat salur darah tersumbat dan mempengaruhi tahap ereksi seseorang lelaki.

7. Lelaki Kacak

Menurut kajian penyelidik Sepanyol, lelaki kacak mempunyai sperma yang lebih kuat.

8. Hilang Sensitiviti

Alat sulit atau kemaluan lelaki hilang sensitiviti selari dengan peningkatan usia dan semakin tua seseorang lelaki, semakin sukar untuk mereka memancutkan sperma. Mungkin inilah ketikanya proses menopaus seseorang lelaki berlaku.

9. Diphallus

100 lelaki di seluruh dunia dilahirkan dengan 2 alat sulit atau kemaluan lelaki. Keadaan ini dipanggil Diphallus.

10. Pembiakan Bakteria

Kawasan kemaluan lelaki merupakan tempat pembiakan bakteria yang tertinggi kerana satu daripada sepuluh lelaki menggunakan seluar yang sama lebih daripada 3 hari.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/