10 Jenis Cinta Terlarang

Cinta Terlarang
Cinta Terlarang

Cinta Terlarang

Rasa cinta adalah satu anugerah yang tidak ternilai dari Ilahi yang menjadikan hidup manusia itu indah. Namun cinta terlarang adalah satu perasaan yang boleh memudaratkan orang yang mencintai dan orang yang dicintainya itu. Ini kerana kebanyakan kes cinta terlarang berakhir dengan tragedi.

Kata orang dunia cinta memang mengasyikkan. Kala dilamun cinta, jiwa dan akal terbawa sama ke awangan. Namun, bagi mereka yang baru mengatur langkah pertama ke medan percintaan, pastikan persediaan anda menempuh gerbang cinta itu mencukupi. Tetapi dunia masa kini yang serba lengkap dengan teknologi dan media sosial sekarang ini membuatkan ramai yang buta akan hubungan cinta itu sendiri. Bahkan ada yang sanggup melakukan hubungan cinta terlarang dek kerana harta atau duit semata.

Dibawah ini admin senaraikan 10 jenis cinta terlarang untuk anda ketahui dan jauhi.

1. Cinta Obses

Menyintai dan dicintai memang mengasyikkan tetapi jangan sesekali menunda perasaan cinta kepada perasaan yang sangat obses. Komited dengan percintaan memang perlu tetapi biarlah berpada-pada. Cinta obses adalah cinta yang tidak berlandaskan rasional akal sebaliknya mempertaruhkan perasaan, hati dan jiwa sepenuhnya. Elakkan daripada terlalu mengagungkan cinta dan pasangan kerana sekiranya cinta obses yang anda miliki gagal di pertengahan jalan, kemungkinan anda terlibat dengan gejala negatif seperti membunuh diri atau menempah nasib yang buruk pada diri.

2. Cinta Nafsu

Cinta terlarang yang lahir atas sebab nafsu semata tidak akan kekal lama. Selalunya individu yang tergolong dalam cinta seperti ini adalah mereka yang lemah dengan kata-kata pujian, sanjungan mahupun pujuk rayu seseorang. Jangan sekali terperangkap dengan kisah cinta begini kerana apa yang pasti anda sedang menempah masa depan yang berakhir dengan tangisan air mata dan maruah yang tercalar.

3. Cinta Kilat

Biarpun hadirnya sepantas halilintar yang menyambar, ada baiknya jika anda sentiasa berwaspada. Ianya bukan lagi nyata apabila si dia menyatakan yang dirinya sudah jatuh cinta dalam masa beberapa hari sahaja kerana takut hanya berdasarkan kata manis sahaja. Kebiasaannya cinta sebegini hadir sekadar untuk memenuhi ruang hati yang kekosongan dan bersifat sementara. Seperti mana pantasnya ia datang, begitu juga pantasnya ia diakhiri.

4. Cinta Debunga

Umpama debunga berterbangan, demikianlah nasib dan takdir cinta yang anda miliki jika terjerumus ke dalam kancah percintaan sebegini. Namun jika sepanjang jalinan kasih cinta anda tidak pernah berada di dalam hatinya, adalah baiknya anda tinggalkan saja si dia.

5. Cinta Sejenis

Mana-mana agama sekali pun tidak merestui hubungan sejenis. Memang benar cinta itu buta dan tiada sempadan usia , jantina atau taraf tetapi menjalin cinta terlarang dengan kaum sejenis seharusnya anda elakkan kerana kebanyakkannya tidak berakhir dengan kebahagiaan apabila keluarga tidak membenarkan.

6. Cinta Kekasih Orang

Tindakan menjalin hubungan cinta terlarang dengan seseorang yang sudah berpunya tidak kira suami, isteri, tunangan dan kekasih orang lain) ibarat sengaja memperjudikan hati dan perasaan sendiri. Apatah lagi jika anda diletakkan sebagai pilihan ke dua? Risiko anda dijadikan boneka tempat melepas kesepian juga amat tinggi. Malah, jika hubungan anda dan dia dapat dihidu dan dijejaki kekasihnya, pasti perang dunia ke-3 akan melanda. Elak menyandang gelaran orang ketiga, perampas atau seumpamanya kerana ianya tidak akan kekal lama.

7. Cinta Waris

Ada sesetengah ibu bapa yang mahu merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan menjodohkan cinta anak-anak dengan sepupu mereka sendiri atau yang seumpamanya. Kononnya enggan pertalian darah dan harta kekayaan jatuh ke tangan keturunan lain. Tetapi fikirkan kembali jika hubungan terjalin itu kurang berjaya, seluruh keluarga dan keturunan pula yang jadi bahan cerita.

8. Cinta Ganti Tikar

Pernah terjadi situasi di mana ada individu yang menjalinkan hubungan cinta terlarang dengan sahabat bekas kekasih. Ada baiknya jika menjalinkan hubungan istimewa dengan individu lain yang tidak berkaitan langsung dengan bekas kekasih kerana ini baik untuk mengelakkan situasi kurang senang yang terus berlarutan dengan sahabat.

9. Cinta Kuliah

Tidak salah sebenarnya kerana ada yang kekal sampai ke jinjang pelamin. Tetapi apa yang menjadi salahnya apabila cinta terlarang di antara tenaga pengajar  sama ada guru, pensyarah atau seumpamanya boleh membawa kepada dua situasi persimpangan juga kesan kepada pelajar atau sebaliknya.

5. Cinta Majikan

Ruang pejabat bukan sekadar jentera penggerak kerjaya seharian. Kisah cinta terlarang yang terjadi di pejabat paling klise adalah hubungan cinta antara majikan dan pekerja. Selain menjadi buah mulut rakan sejawat, hubungan cinta terlarang antara majikan dan pekerja juga mendatangkan kesan negatif kepada prestasi mutu tugasan dan tentu sekali sikap profesionalisme dalam kerjaya sukar dicapai.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/