10 Kebaikan Zikir

kebaikan berzikir
kebaikan zikir

kebaikan zikir

Zikir bermaksud ingat dari segi bahasa manakala pengertian berzikir menurut syariat syariat pula adalah mengingati Allah SWT dengan maksud untuk mendekatkan diri kepadaNya. Kita diperintahkan untuk berzikir kepada Allah SWT sebagai terapi diri dan memuji-muji akan kekuasaan dan kebesaranNya supaya diri kita terhindar dari penyakit sombong dan takbur.

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS. Al-Ahzab : 41).

“(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali Imran : 191).

Dari petikan ayat Al Quran di atas jelaslah menunjukkan dengan berzikir jugalah seseorang muslim itu boleh menjadikannya sebagai satu terapi diri bila berada di dalam kesusahan dan keresahan. Dengan mengingati Allah hati manusia akan sentiasa menjadi tenang. Artikel kali ini admin ingin kongsikan 11 kebaikan zikir kepada tahap kecerdasan otak manusia.

1. Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

2. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

3. Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti “Subhanallah”, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

4. Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

5. Dengan itu otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum zikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

6. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

7. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

8. Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

9. Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

10. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti amalan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Kesimpulannya, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat dan kebaikan zikir ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaat zikir. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/