10 Kegunaan Essential Oil

Kegunaan Essential Oil
Kegunaan Essential Oil

Kegunaan Essential Oil

Terdapat banyak faedah dan seribu manfaat yang boleh kita dapat dengan menggunakan elemen semulajadi sebagai contoh essential oil atau pati minyak tumbuhan-tumbuhan. Selain ia memberikan kebaikan kepada kesihatan manusia, essential oil juga terbukti merawat serta menghindari daripada serangan serangga perosak yang lain.

Mari bersama admin kita ikuti 10 tips menarik yang boleh digunakan oleh essential oil atau pati minyak tumbuhan ini untuk menyelesaikan masalah kediaman dan kesihatan;

1. Mengharumkan Kediaman

Satukan minyak pati cengkih, rosemary dan essential oil oren. Ia akan menyebarkan bau aroma yang sangat harum dan unik. Pasti tetamu akan terkesima.

2. Membasuh Buah Dan Sayur

Untuk membersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kesan racun serangga, tambah dua titik pati minyak lemon ke dalam mangkuk besar dan sedikit air. Kemudian bilas.

3. Menyingkirkan Bau Tong Sampah

Sediakan gulungan kapas yang telah dititiskan dengan pati minyak lemon dan tea tree. Kemudian tempatkan kapas tersebut pada bahagian dalam tong sampah. Dengan teknik itu, essential oil ini akan meresap dan mengurangkan bau serta melakukan proses detox.

4. Membersihkan Udara

Rembeskan essential oil atau semburkan pati minyak kayu manis yang dicampurkan sedikit dengan air ke ruang udara. Ia praktikal untuk mencegah bau yang kurang menyenangkan dan merupakan anti mikrobial yang efektif.

5. Skrub Untuk Tab Mandi

Campurkan setengah cawan baking soda, setengah cawan cuka dan lima titis pati minyak bergamot ataupun pati minyak limau. Gunakan bahan tersebut sebagai pengganti pencuci tab anda. Ia juga turut boleh digunakan untuk ruang sinki. Hasilnya, dengan penggunaan essential oil ini, anda akan mendapati kotoran degil hilang dan bonus mendapat aroma terapi yang menyegarkan!

6. Membunuh Serangga

Sediakan satu bekas semburan  atau pati minyak buah oren yang dicampur dengan pati minyak cengkih. Ia akan membunuh dengan pantas serangga perosak di kediaman anda.

7. Membersihkan Pinggan Mangkuk

Tambahkan beberapa titis pati minyak lemon ke dalam dishwasher sebelum anda mula membersihkannya. Ia sangat berhasil menghilangkan kotoran atau spot yang degil pada pinggan mangkuk anda.

8. Menenangkan Ibu Bersalin Dan Bayi

Sediakan haruman lavender ataupun sapukan pati minyak lavender pada badan dan urut perlahan-lahan sebelum tidur. Ia berkesan memberikan tidur yang lebih lena dan tenang kepada ibu selepas bersalin dan bayi.

9. Tujuan Pembersihan

Campurkan tiga titis pati minyak lemon dan pati minyak tea tree dengan air suam. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas semburan. Ia sesuai dijadikan pencuci harian untuk bahagian permukaan atas kaunter dapur  dan pembasmi kotoran yang handal.

10. Penghalau Nyamuk

Sediakan pati minyak  serai wangi, citronella dan eucalyptus. Setelah itu, campurkan dengan 1 sudu besar minyak kelapa. Bau yang dihasilkan dari bahan-bahan tersebut membuatkan nyamuk tidak selesa dan akan hindar daripada kawasan tersebut.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/