10 Khasiat Buah Avocado

Khasiat Buah Avocado
Khasiat Buah Avocado

Khasiat Buah Avocado

Buah Avocado atau nama saintifiknya ‘Persea Americana’ mempunyai pelbagai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Antaranya masalah penglihatan, penyakit jantung dan juga masalah obesiti. Buahnya berbentuk bujur dan kulit berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pakar nutrisi menganggap buah avocado sebagai makanan sempurna. Walaupun kaya dengan kalori, ia adalah kalori yang penuh dengan nutrisi. Avocado mengandungi lebih 25 nutrisi termasuk vitamin A, B, C, E & K, iron, zat besi, magnesium dan potasium yang berupaya melindungi kita daripada pelbagai penyakit.

Antara 10 kebaikan buah avocado adalah :

1. Menyelesaikan Masalah Penglihatan 

Buah avocado adalah sumber terbaik untuk lutein karotenoid, dimana kebaikannya diketahui untuk membantu melindungi daripada masalah katarak dan degenerasi macular yang berkaitan dengan usia.

2. Mengelakkan Nafas Berbau

Buah avocado adalah pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk mengawal daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

3. Menambahkan Berat Badan

Jika anda mempunyai masalah kekurangan berat badan, makanlah buah avocado. Ia mengandungi 200 kalori untuk 100 gram. Kebiasaannya buah-buahan lain hanya mengandungi kira-kira 60 hingga 80 kalori untuk 100 gram. Oleh kerana ia tinggi kandungan kalori, avocado adalah diet terbaik untuk mereka yang ingin menambah berat badan.

4. Mengurangkan Risiko Serangan Jantung

Buah Avocado mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung. Buah avocado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak mono tak tepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

5. Mengawal Tahap Gula

Lemak monotaktepu yang terkandung dalam buah avocado mampu mengembalikan ketahanan insulin yang membantu mengawal kandungan gula dalam badan. Ia juga mempunyai serat terlarut yang menyimpan tahap kandungan gula stabil.

6. Anti Penuaan

Kaya dengan antioksidan, avocado berupaya menangani simptom-simptom penuaan. Kandungan glutathione berupaya meningkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan serta mengalakkan sistem saraf yang baik.

7. Perlindungan Kulit

Minyak buah avocado sering digunakan dalam kosmetik kerana keupayaannya dalam menyuburkan kulit dan menjadikan kulit anda berseri-seri. Ia juga boleh merawat psoriasis iaitu penyakit kulit yang menyebabkan kulit anda menjadi kemerahan dan gatal.

8. Mencegah Kanser

Banyak kajian menunjukkan buah avocado boleh menghalang daripada pertumbuhan kanser prostat. Malah ‘asid oleic’ yang terkandung dalam avocado turut berkesan dalam menghalang kanser payudara.

9. Kolestrol Rendah 

Buah avocado kaya dengan bahan yang dipanggil beta-sitosterol yang telah menunjukkan keberkesanannya dalam merendahkan tahap kolestrol.

10. Mengawal Tekanan Darah

Kaya dengan sumber potasium, buah avocado membantu mengawal tekanan darah dalam badan anda.

Kesimpulannya

Buah avocado adalah salah satu buah yang mempunyai pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah-buahan dalam kehidupan kita.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/