10 Khasiat Buah Mangga

Khasiat Buah Mangga

Khasiat Buah Mangga

Anda suka menikmati buah mangga? Tahu khasiat buah mangga? Jika masih ragu-ragu tentang khasiatnya, baca artikel ini sampai habis. Buah-buahan dan sayuran sangatlah penting untuk kesihatan terutamanya ketika anda hamil.Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara.

Buah mangga mempunyai peminatnya tersendiri iaitu terdiri daripada kaum wanita. Tidak kira tua atau muda, kaum wanita memang amat menggemari buah mangga kerana kemanisan dan rasa masamnya. Buah mangga yang muda sedap dimakan bersama sambal kicap dibuat colek manakala yang masak dipotong dan dimakan begitu sahaja, dengan nasi atau pun pulut.

Pada artikel kali ini admin ingin mengajak pembaca Petua Bahagia mengupas 10 khasiat buah mangga untuk anda.

1. Menghilangkan Rasa Mual Ketika Hamil

Sekiranya anda berasa mual ketika hamil,buah mangga yang kuning ranum lemak masam manis dapat menghilangkan rasa loya dan mual di tekak si ibu hamil. Apatah lagi buah mangga mengandungi banyak vitamin A, karoten, folate, zat besi dan vitamin C yang baik untuk perkembangan janin.

2. Mengubati Anemia

Kekurangan zat besi dalam tubuh seseorang akan menyebabkan tekanan darah rendah. Bagi anda yang menghadapi penyakit anemia,buah mangga merupakan penyelesaian kerana buah ini mengandungi zat besi yang sangat baik bagi penghidap anemia. Mangga juga sangat baik untuk ibu mengandung kerana zat besi sangat diperlukan oleh si bayi.

3. Melegakan Panas Dalam

Ramai yang tidak tahu khasiat buah mangga sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor  dan kebiasaanya disebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan factor-faktor lain. Antaranya  kekurangan Vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas.

Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.

4. Menghaluskan Kulit

Anda pasti menyukai khasiat ini kerana ternyata juga buah mangga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu mempercepatkan proses regenerasi dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan sekaligus menjadikan kulit akan lebih halus dan sihat.

unnamed

5. Menyihatkan Otak Dan Meningkatkan Daya Memori

Vitamin B6 yang terdapat di dalam buah mangga sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan ‘neurotransmitter ‘utama yang mempunyai peranan dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam ‘glutamin’ di mangga mampu meningkatkan tumpuan dan daya memori.

6. Mencegah Kanser

Khasiat buah mangga yang pertama adalah buah ini mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas punca terjadinya beberapa jenis kanser. Antaranya kanser usus, prostat, leukimia, dan payudara.

7. Menurunkan Kadar Kolestrol

Buah mangga sememangnya terkenal dengan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu membebaskan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, maka secara tidak langsung, ia mampu mencegah dari penyakit obesiti.

8. Menyihatkan Mata

Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

9. Membantu Sistem Pencernaan 

Khasiat mangga yang lain adalah menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan dan berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan.

10. Mencegah Strok

Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk membantu aturan tekanan jantung dan juga membantu untuk otot berfungsi dengan baik sekaligus tekanan darah anda akan menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/