10 Khasiat Buah Manjakani

Khasiat Buah Manjakani
Khasiat Buah Manjakani

Khasiat Buah Manjakani

Buah manjakani ianya dikenali sebagai “herba ajaib” yang kaya dengan pelbagai khasiat, khususnya membantu mengembalikan tahap elastik alat sulit wanita sejak zaman dahulu lagi. Ramai wanita yang tahu khasiat buah manjakani ini, tetapi enggan mengamalkan pengambilan buah tersebut kerana rasanya yang amat pahit serta kelat. Tidak ramai  yang mampu untuk menelannya. Malahan, ada yang akan mengeluarkannya semula atau termuntah kerana tidak tahan dengan rasanya yang terlalu pahit itu.

Jadi, sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli jamu, ubat atau apa saja yang mengandungi khasiat buah ini yang telah siap diproses. Namun sejauh manakah keberkesanannya?

Pada artikel kali ini, admin ingin berkongsi tentang khasiat buah manajakani khas untuk kaum wanita. Buah Manjakani berasal dari pohon manjakani atau juga dikenali dengan pokok Oak. Pokok ini juga mempunyai nama yang lain iaitu Mecca Manmejakani.

Antara 10 khasiat buah manjakani adalah :

1. Merawat Payudara

Buah ini mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan buah manjakani dapat memperbaiki payudara yang kendur.

2. Awet Muda

Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan.

3. Mengetatkan Otot

Astringen juga mengetatkan semula otot- otot di dalam Miss V terutamanya selepas bersalin.

4. Mencegah Bau Yang Tidak Diingini

Buah manjakani bersifat astringen, membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.

5. Menegangkan Dan Mencantikan Kulit 

Astringen dalam buah manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

6. Merawat Alat Sulit Wanita  

Buah majakani dapat membersihkan bakteria di kawasan organ intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot vagina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringen untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah ‘kerapatan’ dan menjadikan lubang vagina lebih anjal.

7. Perancang Kehamilan

Buah manjakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah manjakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya dapat mencegah kehamilan.

8. Membersihkan Bakteria

Buah manpjakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan organ intim kewanitaan. Selain itu ia sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah manjakani juga bagus untuk mencegah kanser serviks

9. Memberi Kenikmatan Seks

Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan organ intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan si suami ketika melakukan hubungan seks.

10. Melancarkan Pembuangan Air Besar

Disebabkan buah manjakani mempunyai serat makanan, ia dapat melancarkan pembuangan air besar. Vitamin dan zat serta karbohidrat dan protein mampu meningkatkan kesihatan anda.

Info Ekstra Petua Bahagia

Bagaimanakah cara merapatkan vagina buat wanita yang telah melahirkan anak dengan khasiat buah manjakani ini? 

  • Rebus tiga biji buah manjakani dengan dua cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj anda. Amalkan setiap hari.
  • Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih, apabila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan telan bersama nasi yang masih panas. Amalkan selalu.
  • Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum. Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/