10 Khasiat Buah Semangka

Khasiat Buah Semangka
Khasiat Buah Semangka

Khasiat Buah Semangka

Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, buah semangka atau lebih dikenali sebagai buah tembikai mengandungi pelbagai manfaat kesihatan. Bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan, buah semangka sangat sesuai kerana ia diet yang murah, berkesan dan selamat.

Buah semangka kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikan ia sedap di makan ketika cuaca panas. Hakikatnya, buah semangka penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

10 Khasiat Buah Semangka adalah :

1. Memperkuatkan Tulang Tubuh

Buah semangka merupakan salah satu buah yang kaya dengan kandungan kalium. Kalium ini berfungsi untuk mempertahankan kalsium dalam tubuh, sehingga tulang dan sendi menjadi lebih sihat dan kuat sepanjang waktu.

2. Mata Yang Lebih Sihat

Ini adalah kerana buah semangka ini mengandungi beta karoten yang akan diubah di dalam tubuh menjadi vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin yang akan menyihatkan organ penglihatan anda.

3. Membuat Kulit Sihat Berseri 

Buah semangka kaya dengan vitamin C dan A yang menjadi nutrisi baik untuk kulit. Makanlah dua atau tiga potong buah tembikai setiap hari dan ia mampu memberikan manfaat baik buat kulit. Asid amino yang terkandung dapat mengubati luka pada kulit dengan cepat.

4. Membantu Penghadaman

Kandungan air di dalam buah semangka dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang baik.

5. Atasi Masalah Keradangan

Choline dalam buah semangka membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik

6. Mencegah Penyakit Asma

Kandungan vitamin C yang terkandung di dalam buah semangka adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma.

7. Mengawal Tekanan Darah

Buah semangka mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan.

8. Mencegah Kanser

Sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi, buah semangka boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.

9. Mengurangkan Kesakitan Otot 

Tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam buah semangka yang membawa kepada kelebihan tersebut.

10. Kesihatan Kulit

Buah semangka baik untuk kulit kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembab.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/