10 Khasiat Cili

xmdrHnv2
Khasiat Cili

Khasiat Cili

Masakan Asia terutamanya masyarakat melayu tidak asing lagi dengan cili. Kalau makan apa-apa makanan tanpa ada cili, pasti rasa tidak puas, rasa macam tidak lengkap menu untuk hari itu. Lebih-lebih lagi untuk makan tengahari, dengan nasi panas beserta cili potong atau sambal belacan, pasti terangkat!

Rata-rata masyarakat kita suka makan makanan pedas, sampai tahap berpeluh ketika makan menahan pedasnya cili tersebut. Namun ramai yang kurang tahu kelebihan cili untuk badan, selain hanya beranggapan makanan berasaskan cili menyebabkan kita berulang alik ke tandas sahaja.

Antara 10 khasiat yang terkandung di dalam cili ialah:

1. Tidur Yang Nyenyak

Penyelidik perubatan dari Australia menyatakan bahawa orang yang gemar makan cili biasanya akan lebih dapat tidur yang nyenyak dan bangun dalam keadaan yang segar.

2. Menjaga Mood

Hormon endorfin juga mendatangkan perasaan tenang dan nyaman. Ia baik untuk merawat dipresi dan hypertension sehingga anda lupa terhadap masalah ketika mengunyahnya. Hormon ini juga menyebabkan nikmat ketagih. Jadi, tidak hairanlah kalau penggemar cili tak boleh makan kalau tanpa cili.

3. PainKiller Semulajadi

Apabila cili dimakan, ia akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Para pengamal perubatan juga percaya capsaicin boleh digunakan untuk menghilangkan rasa sakit tanpa memberi kesan kepada sel-sel saraf atau menyebabkan kesan sampingan seperti yang terkandung dalam ubatan moden. Ia juga mengandungi neuropeptide yang boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoid dan arthritis.

4. Meningkatkan Fungsi Pencernaan

Manfaat cili dalam sistem pencernaan ialah meningkatkan peredaran darah dalam perut dan meningkatkan lapisan mukusCapsaicin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit maag. Tapi, jika anda terasa panas dalam perut setelah makan pedas, cuba dapatkan  tablet antiacid untuk meneutralkan asid di perut.

5. Membunuh Sel Kanser

kajian makmal terhadap tikus capsaicin yang terkandung dalam cili mampu membunuh sel-sel kanser dan mencegah daripada merebak.

6. Mencegah Kanser Prostat

Berita baik untuk lelaki yang gemar makan pedas. Kandungan nutrisi dalam cili juga mampu mencegah anda daripada kanser prostat. Jadi, teruskan dengan menu pedas anda, tapi berpada ya!

7. Menurunkan Berat Badan

Bagi si montel yang sedang berusah untuk meringankan badan anda, cili antara tumbuhan yang mengandungi capsaicin yang mampu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan sebanyak 23% dalam 3 jam, seterusnya mempercepatkan pembakaran kalori. Gemar makan pedas juga menjadikan berat anda sentiasa “maintain”.

8. Merawat Selsema

Pasti anda pernah lihat orang yang sedang makan menu pedas berpeluh dan seakan-akan selsema. Hal itu berlaku kerana kesan capsaicin yang meningkatkan pengeluaran peluh dan dan mencairkan selsema. Ia baik untuk mengurangkan risiko terkena selesema, sinusitis dan melancarkan pernafasan.

9. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Cili dapat menyihatkan jantung dengan membantu mencegah pembekuan darah dan meningkatkan peredaran darah. Kajian perubatan juga menunjukkan capsaicin dalam  cili efektif untuk melawan inflamasi, yang membawa risiko penyakit jantung.

10. Melancarkan Peredaran Darah

Seperti yang disebutkan tadi, cili dapat membantu melancar dan meningkatkan peredaran darah. Selain itu, cili juga mampu menurunkan tekanan darah yang baik untuk pesakit darah tinggi. Vitamin A dan D dalam cili juga membantu menguatkan dinding pembuluh darah.

P/s : Teruskan minat anda terhadap cili, tetapi berpada-padalah!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/