10 Khasiat Durian Belanda

Khasiat Buah Durian Belanda
Khasiat Buah Durian Belanda

Khasiat Buah Durian Belanda

Buah durian belanda dipercayai berkhasiat untuk tubuh badan manusia bagi melawan penyakit kanser. Antioksidan yang terkandung di dalam durian belanda ini membantu sistem pertahanan tubuh badan mencegah sel-sel kanser daripada merebak ke seluruh badan. Pengambilan jus buah durian belanda adalah salah satu jalan untuk memastikan badan sentiasa sihat dan cergas.

Di Malaysia, buah ini dikenali sebagai durian belanda, berbanding di Indonesia ia dikenali sebagai buah sirsak. Pohonnya yang rendah, buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis.

Buah durian belanda ini sering dijadikan jus tetapi tahukah anda, buah durian belanda ini mempunyai pelbagai khasiat lain yang bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia jika diamalkan pengambilannya.

Antara 10 khasiat buah durian belanda kepada tubuh badan manusia adalah :

1. Antibakteria

Selain berfungsi sebagai antikanser, ia juga membantu sebagai antibakteria, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

2. Mengubati Kencing Manis

Durian belanda juga boleh mengubati kecing manis, penyakit hati dan jantung.

3. Untuk Kesuburan Lelaki Dan Wanita

Mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

4. Mencegah Penyakit

Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan.

5. Mencegah Kanser

Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada kimoterapi.

6. Mengubati Sakit Tekak

Serbuk teh daripada daunnya dipercayai mampu mengubati penyakit sakit tekak berkahak dan kerongkong.

7. Melegakan Sakit Sendi

Minyak daripada daun muda durian belanda dipercayai boleh melegakan sakit sendi dan sengal-sengal anggota badan.

8. Merangsang Penghasilan Susu Badan

Khas untuk ibu yang mempunyai masalah susu badan, jus durian belanda membantu anda meningkatkan pengeluaran susu badan.

9. Menurunkan Suhu Badan Akibat Demam Panas

Membantu mengurangkan demam panas dan cirit birit.

10. Ubat Malaria

Digunakan sebagai ubat malaria dan ulser perut.

 

Adakah Anda Menggemari Jus Durian Belanda?

Baiklah, pada artikel kali ini ingin kongsi bersama anda cara mudah membuat jus istimewa ini khas untuk para pembaca Petua Bahagia.

Bahan-bahannya :

  • Isi durian belanda
  • 250 gram gula
  • 5 liter air
  • ½ biji limau nipis (boleh jugakan buah lemon)

Cara membuat jus buah durian belanda :

  • Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
  • Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan tambahkan baki air tadi.
  • Perahkan ½ biji limau nipis.
  • Kacau sehingga sebati dan boleh dihidangkan. Jika anda mahukan rasa yang lebih enak, hidangkan dalam keadaan sejuk.

Selamat mencuba!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/