10 Khasiat Limau Purut

Khasiat Limau Purut
Khasiat Limau Purut

Khasiat Limau Purut

Limau purut atau nama saintifiknya, citrus hystrix ini tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Buah limau purut berbentuk bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit. Limau purut memang tidak dinafikan banyak khasiat dan berguna kepada manusia baik untuk kesihatan, kulinari dan juga penjagaan kecantikan tubuh badan. Selain itu ianya juga kerap digunakan oleh para pengamal perubatan tradisional untuk merawat pesakit-pesakit mereka.

Daun limau purut sering menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa untuk hidangan seperti tomyam, asam pedas dan laksa. Buahnya pula sering sebagai antara bahan penting upacara mandi bunga dan mandi wap yang memberikan kesegaran. Kini, perkembangan teknologi sedang menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma terapi daripada pati limau purut.

Kelebihan Limau Purut

1. Mandian Segarkan Tubuh Badan

Bagi mendapatkan kesegaran selepas mengalami kepenatan, daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudian dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan kembali segar dan bermaya.

2. Mengekalkan Kelembapan Kulit

Ianya mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

3. Haruman Dan Wangian

Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.

4. Penjagaan Gigi

Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak daripada masalah kekuningan pada gigi.

5. Mencuci Rambut

Jika anda inginkan rambut yang bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan perahkan jusnya di atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Rambut akan sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

6. Lembutkan Kulit

Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian, ia dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

7. Antibakteria

Bersifat antihysteria, anti tumor, pencuci asli, antiseptik, antibakteria dan banyak lagi.

8. Melancarkan Sistem Pernafasan

Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

9. Merawat Kulit Kepala

Membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

10. Rempah Dalam Masakan

Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/