10 Makanan Jaga Buah Pinggang

Makanan Jaga Buah Pinggang
Makanan Jaga Buah Pinggang

Makanan Jaga Buah Pinggang

Buah pinggang adalah salah satu organ penting di dalam tubuh badan yang berfungsi melakukan proses perkumuhan dan bertindak sebagai tempat menjadikan makanan yang dimakan sebelum proses pencernaan berlaku. Kegagalan buah pinggang berfungsi akan menyebabkan sistem tubuh badan seseorang itu terganggu dan memberikan impak yang sangat besar terhadap kesihatan seseorang itu.

Apa yang anda makan akan mempengaruhi kesihatan anda. Mengekalkan berat yang sihat dan makan seimbang iaitu kurang garam akan membantu anda mengawal tekanan darah. Pesakit diabetes pula perlu diet yang ketat untuk mengawal paras gula dalam darah. Mengawal tekanan darah dan diabetes akan membantu mengurangkan penyakit buah pinggang.

1. Strawberi

Strawberi kaya dengan dua jenis poliphenol  anthocyanins dan ellagitannins. Anthocyanins memberi warna merah pada strawberi dan antioksidan kuatyang membantu melindungi struktur sel tubuh dan mengelakkan kerosakan oksidatif. Strawberi merupakan sumber terbaik vitamin C, serat dan mineral mangan. Ianya diketahui dapat melindungi hati juga sebagai anti kanser dan komponen anti inflamasi.

2. Rasberi

Rasberi mengandungi fitonutrien yang dipanggil asid elagik yang membantu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh untuk mengelakkan kerosakan sel pada buah pinggang. Ia juga mengandungi  flavonoid yang dipanggil anthocyanins, antioksidan yang memberikannya warna merah. Sumber terbaik mineral mangan, vitamin C, serat dan folat, vitamin B, rasberi mungkin mempunyai kandungan yang menghalang pertumbuhan sel kanser dan pembentukan tumor.

3. Beri Biru

Beri biru adalah tinggi antioksidan fitonutrien yang dipanggil anthocyanidin, yang memberinya warna biru, dan ia kaya dengan unsur semulajadi yang mengurangkan inflamasi. Beri biru merupakan sumber baik vitamin C, mineral mangan yang memastikan tulang yang sihat dan serat yang juga membantu melindungi otak daripada kesan penuaan. Antioksidan didalam beri biru dan beri yang lain terbukti membantu memperlahankan kadar kerapuhan tulang bagi individu yang rendah tahap estrogen.

4. Kranberi

Buah beri yang masam dan lazat ini diketahui dapat melindungi daripada jangkitan pada hempedu dengan menghalang bakteria daripada melekat pada dinding hempedu. Dengan cara yang sama, kranberi juga melindungi dinding perut daripada bakteria punca ulser dan melindungi dinding usus dan menggalakkan usus yang sihat. Selain bagus untuk buah pinggang, kranberi juga terbukti melindungi daripada kanser dan sakit jantung.

5. Epal

Epal diketahui dapat menurunkan paras kolestrol, mengelakkan sembelit, melindungi daripada sakit jantung dan mengurangkan risiko kanser. Tinggi serat dan unsur anti inflamasi, sebiji epal sehari mungkin boleh mengurangkan kekerapan berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan.

 6. Cili Benggala

Cili benggala rendah potassium tetapi mempunyai rasa yang tinggi. Tetapi bukan itu sahaja penyebab ia baik untuk diet buah pinggang, sayur ini juga kaya dengan vitamin C dan A selain B6, asid folik dan serat. Sayur ini baik kerana ia mengandungi lycopene, sejenis antioksidan yang melindungi dari kanser tertentu.

7. Kobis Bulat

Kobis bulat dibungkus bersama phytochemicals, sejenis bahan kimia berfungsi untuk melindungi makanan daripada rosak akibat radikal bebas. Selain bagus untuk buah pinggang, Phytochemicals juga boleh melindungi dan menghentikan perkembangan sel kanser dalam paru-paru, kolon, payudara, pundi kencing, prostat dan kanser ovari disamping meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kobis bulat tinggi Vitamin K, Vitamin C dan Fiber selain kaya dengan Vitamin B dan Asid Folik.

8. Bunga Kobis

Bunga kobis kaya dengan vitamin C dan sumber folate dan fiber yang bagus. Ia juga dilengkapi indoles, glucosinolates and thiocyanates – sebatian yang meneutralkan bahan bertoksin yang merosakkan mebran sel dan DNA

9. Bawang Putih

Bawang putih membantu mengelak pembinaan plak pada gigi, merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan inflamasi.

10. Bawang

Bawang merupakan sebahagian daripada keluarga alium  dan perasa asas dalam kebanyakan masakan mengandungi unsur sulfur yang memberi bau yang menusuk. Bawang kaya dengan flavonoid terutama quercetin yang merupaka antioksidan kuat yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan anti-kanser. Bawang rendah kandungan potassium dan merupakan sumber baik chromium iaitu mineral yang membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/