10 Makanan Membakar Lemak

membakar lemak
membakar lemak

membakar lemak

Bagaimanakah caranya untuk kita membakar lemak? Adakah dengan bersenam sahaja dapat membakar lemak dan kalori di dalam tubuh badan kita? Sudah semestinya dengan bersenam kita dapat membakar lemak, namun ada juga makanan yang khasiatnya berfungsi boleh membantu tubuh badan kita dalam proses membakar lemak.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 10 makanan membakar lemak yang boleh anda amalkan untuk kuruskan berat badan selain dengan bersenam. Mari kita lihat dibawah ini :

1. Dark Chocolate

Makanan membakar lemak dark chocolate ini mengandungi Flavanoids yang membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan dan membakar lemak tepu dalam badan jika anda kerap memakannya.

2. Buah Tomato

Buah tomato membantu anda membakar lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga berkhasiat di dalam membantu badan menyerang sel-sel kanser. Sangat bagus diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan juga.

3. Wheatgrass

Apa itu wheatgrass? Wheatgrass dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai Rumput Gandum. Ia berkhasiat di dalam membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lemak di dalam tubuh badan. Caranya ialah dengan meminum jus perahan wheatgrass ini.

4. Teh Hijau

Teh hijau atau green tea adalah teh yang paling aktif untuk menurunkan berat badan. Ianya mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan yang cepat amalkan pengambilan teh hijau ini dua kali sehari.

5. Madu Lebah

Madu lebah yang diminum bersama air suam setiap pagi, membantu membakar lemak dan kalori di dalam badan.

6. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai anti-bakteria dan berupaya mengurangkan lemak dan kolesterol dalam tubuh badan.

7. Cili Hijau

Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu membakar kalori dalam tubuh badan dengan cepat dan efektif.

8. Buah Epal

Buah epal kaya dengan antioksidan. Ia juga mengandungi Pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita.

9. Telur

Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein tetapi rendah kalori. Telur membantu badan membina otot dan meningkatkan kolesterol yang baik di dalam tubuh badan.

10. Bijirin Oat

Bijirin oat bukan sahaja sedap dan mengenyangkan perut anda, oat juga membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Jadi amalan pengambilan bijirin oat setiap pagi amat membantu rutin harian diet anda.

Kesimpulannya, senaman dan pemakanan yang seimbang adalah kunci utama di dalam menjaga kesihatan. Justeru itu, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan gaya hidup makan malam harus dihentikan dengan serta merta untuk memastikan ianya tidak menjadi kebiasaan yang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri kita sendiri suatu hari nanti.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/