10 Pantang Larang Ibu Bersalin

pantang larang ibu bersalin
pantang larang ibu bersalin

pantang larang ibu bersalin

Pantang larang ibu bersalin ialah satu bentuk larangan ke atas ibu-ibu yang sedang atau di dalam pantang supaya menjaga diri daripada melakukan kerja-kerja berat dan berhati-hati bagi mengelakkan sesuatu kemalangan di dalam rumah untuk mengelakkan kemudaratan yang disebabkan perbuatan itu tadi.

Kali ini admin ingin kongsikan 10 pantang larang ibu bersalin dan mengapa ianya dilarang dan apakah kesannya jika ianya berlaku.

1. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk

Pantang larang ini selalunya untuk ibu-ibu yang sedang berpantang selepas bersalin supaya menjaga ibu jari daripada terhantuk. Pada satu-satu tempat, jika terhantuk boleh menyebabkan bentan atau pun pitam.

2. Jangan Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang sedang di dalam pantang dilarang keluar rumah pada waktu senja, waktu ini syaitan banyak berkeliaran yang mungkin akan menganggu mentalnya pada mereka yang lemah semangat.

3. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Pantang larang ketiga bagi ibu yang baru lepas bersalin ialah dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan rabun mata sebelum tua.

4. Jangan Tidur Selepas Asar

Pantang larang mengapa jangan tidur selepas Asar kesannya akan menyebabkan fikiran dan emosi kerap terganggu kerana pada masa ini banyak syaitan yang sedang berkeliaran dan lebih membimbangkan lagi ia boleh menyebabkan penyakit meroyan.

5. Jangan Tidur Waktu Matahari Naik

Ibu di dalam pantang bersalin tidak dibenarkan tidur pada waktu matahari naik kerana boleh menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit, disarankan supaya berjalan-jalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

6. Jangan Makan Ubi-Ubian

Pantang larang keenam ialah jangan makan ubi-ubian seperti keladi, keledek, dan ubi kayu kerana makanan ini boleh menganggu sistem pencernaan dan ini akan menyebabkan kembung dan sakit perut. Ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

7. Rapatkan Kaki Bila Tidur

Pantang larang jangan tidur mengangkang hendaklah merapatkan kaki ketika tidur kerana dengan cara ini akan membantu mempercepatkan peranakan sembuh semula.

8. Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ianya tidak mengeluarkan tenaga.

9. Jangan Duduk Mencangkung

Pantang larang untuk seorang ibu yang baru lepas bersalin jangan duduk mencangkung kerana ia akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan boleh menyebabkan tumpah darah.

10. Memakai Stokin Atau Sarung Kaki

Dengan memakai stokin atau sarung kaki dapat menjaga kaki daripada sejuk dan dimasuki angin, biasanya angin di dalam badan akan masuk melalui kaki dan kesannya badan akan menjadi lemah dan terganggu.

Kesimpulannya, ibu yang berpantang selepas bersalin banyak pantang larang yang perlu dijaga dan dipatuhi. Sememangnya suami adalah orang yang paling rapat dan banyakkan membantu isteri selama 44 hari isteri berpantang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/