10 Petanda Kebahagiaan Hidup

Kebahagiaan Hidup
Kebahagiaan Hidup

Kebahagiaan Hidup

Sudah lumrah kita sebagai manusia untuk mencari kebahagiaan hidup di atas muka bumi ini. Kebahagiaan hidup bukanlah datang dari kekayaan dan wang ringgit semata namun ianya haruslah seimbang dan seiring dengan kasih sayang, semangat kekeluargaan dan setiakawan yang tinggi disamping pengisian jiwa rohaniah.

Mungkin kadang kala kita asyik mengeluh dengan kehidupan dan lupa akan segala kelebihan serta nikmat kebahagiaan hidup yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

Mari admin senaraikan 10 perkara yang menjadi petanda kebahagiaan hidup yang boleh anda jadikannya sebagai satu cara hidup dalam rutin harian anda.

1. Senyum

Petanda orang yang memiliki kebahagiaan hidup dalam dirinya ialah orang yang gembira dan selalu menguntum senyuman dari dalam diri dan secara semulajadi bibir membentuk senyuman tanpa sebarang kawalan.

2. Senaman Harian

Menurut kajian pakar psikologi orang yang gembira mempunyai kebarangkalian menjalankan kehidupan sihat dan apabila mereka bersenam tahap kemurungan tidak kira usia dan jantina rata-rata berkurangan.

3. Rakan Ceria

Mempunyai rakan yang ceria menambah kebarangkalian untuk menjadi gembira juga sebanyak sembilan peratus.

4. Had Keseronokan

Mereka yang gembira dan memiliki kebahagiaan hidup tidak perlu terjun bungee antara rabung atau khayal dengan penyalahgunaan dadah untuk rasa seronok. Mereka cukup berpuas hati dengan realiti hidup dan faham akan kecuaian boleh merosakkan diri.

5. Cukup Tidur

Kemurungan membuatkan anda kurang tidur, dan bila tekanan kurang anda lebih mudah untuk tidur.

6. Percaya Diri Sendiri

Mereka yang meragui keputusan diri lebih mudah untuk berdepan dengan masalah psikologikal seperti mood swings, kurang keyakinan, keresahan dan kemurungan.

7. Realiti Sekarang

Apabila minda seseorang menerawang dari tugasan dan aktiviti harian, mereka akan lebih berasa kecewa berbanding mereka yang memberi tumpuan sepenuhnya pada tugas di dalam tangan.

8. Berterima Kasih

Gunakan sepenuhnya sumber yang ada disekeliling berbanding merungut benda yang tidak anda perolehi, jadi lebih peka dan gunakan kelebihan diri. Orang yang memiliki kebahagiaan hidup adalah orang yang bersyukur sudah berpuas hati dengan nikmat-nikmat kecil yang ada dan orang yang gembira akan berasa sempurna dengan kehidupan mereka.

9. Bangkit Semula

Untuk berasa gembira dan memiliki kebahagiaan hidup, seseorang itu tak usah memendam perasaan dan terlalu emosi apabila melalui kegagalan. Belajar dari kesilapan dengan membiarkan kekurangan, kesilapan atau peluang yang tidak dicapai sebagai sejarah dan segera bangkit semula meneruskan hidup dan membuat pengalaman baru.

10. Switch Off

Ingin gembira segera? Cuba jauhkan diri dari televisyen dan gajet yang sering buat anda tenggelam dengan realiti. Ada kajian yang menunjukkan orang yang terlalu banyak menonton tv sukar kecapi bahagia dalam jangka masa panjang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/