10 Petua Atasi Masalah Kulit Berkedut

masalah kulit berkedut

masalah kulit berkedut

masalah kulit berkedut

Masalah kulit berkedut memang menjadi igauan ngeri kepada wanita-wanita di luar sana yang menitikberatkan soal penjagaan dan kecantikan diri. Siapa yang tak nak kulit yang sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia dah mencecah 40-an dan ke atas?.

Namun, bukan mudah untuk maintain apabila usia semakin bertambah, pemakanan yang tidak sihat ditambah pula dengan cuaca yang panas, mula la ada garisan yang tidak diingini pada kulit yang menjurus kepada tanda-tanda masalah kulit berkedut malah ada yang sudah menampakkan kedut yang amat ketara pada wajah.

Baiklah, kali ini admin ingin kongsikan tips atau petua untuk atasi masalah kulit berkedut dan bolehlah diamalkan untuk anda kelihatan cantik kekal awet muda.
10 petua atasi masalah kulit berkedut ialah :
1. Selalu Dalam Keadaan Berwudhuk
Amalkan berwudhuk sebelum masuk tidur kerana dengan berwudhuk inilah petua awet muda dan ubat yang paling mujarab untuk mengatasi masalah kulit berkedut dengan izin Allah. Bila kita sentiasa dalam keadaan berwudhuk, bukan muka sahaja cantik, malah ianya akan kelihatan berseri-seri dan sedap mata memandang.
2. Minum Air Kosong

Air kosong adalah salah satu sumber terbaik dan bertindak sebagai agen pelembap kulit. Amalkan minum air kosong dengan banyak dalam satu hari untuk mengatasi masalah kulit berkedut.

3. Sentiasa Guna Pelembap Kulit

Kulit berkedut dan mudah kering tambah lagi jika anda sentiasa on the go. Oleh itu, digalakkan menyapu produk mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap untuk mengelakkan ianya kering akibat pancaran sinaran matahari yang boleh merekahkan kulit.

4. Elak Berjemur Dibawah Matahari Terik

Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya secara terus atau berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kulit berkedut.

5. Lebihkan Makan Ikan

Menurut laman web WebMD, untuk mengatasi masalah kulit berkedut disarankan supaya kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana ianya kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.

6. Amalkan Minum Air Soya

Air soya bagus dan elok untuk penjagaan kulit agar kelihatan licin dan gebu. Selain mengamalkan minum air soya, elok diambil melalui pemakanan ataupun produk penjagaan diri kerana ianya merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.

7. Tukar Kopi Dan Teh Kepada Koko

Khasiat koko yang mengandungi antioksidan, dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.

8. Elak ‘Tarik‘ Kulit Secara Paksaan

Tarik kulit yang dimaksudkan ialah dengan mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya masalah kulit berkedut. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan cermin mata.

9. Guna Produk Penjagaan Kulit

Produk penjagaan kulit yang mengandungi Alpha-hydrox Acids (AHAs) dan Vitamin C amat bagus untuk mengatasi masalah kulit berkedut. Asid semulajadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.

10. Guna Gel Atau Krim Pencuci Muka 

Biasanya pencuci muka jenis gel atau krim mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semulajadi pada kulit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/