10 Petua Bahagia Kekal Sihat

Petua Bahagia Kekal Sihat
Petua Bahagia Kekal Sihat

Petua Bahagia Kekal Sihat

Bagaimana dan apakah petua bahagia untuk kita kekal sihat? Mengekalkan kesihatan tubuh badan itu mudah dan banyak caranya. Jangan sempitkan fikiran anda bahawa tubuh badan yang sihat boleh dimiliki dengan hanya bersenam. Jangan lupa tubuh badan juga dipengaruhi oleh kesihatan minda. Ikuti langkah mudah kekal sihat di bawah ini.

1. Berurut

Berurut salah satu petua bahagia untuk kekal sihat kerana dengan berurut dapat memberi kesegaran pada tubuh. Ia juga melancarkan peredaran darah dan dalam masa yang sama menghasilkan serotonin iaitu sejenis bahan kimia yang lebih baik untuk tubuh.

2. Klimaks

Menikmati hubungan seks yang berkualiti juga adalah petua bahagia untuk kekal sihat yang baik untuk kesihatan. Orgasme akan mengubah bahan kimia dalam otak yang bertindak merehatkan minda dan tubuh. Menurut kajian mereka yang menikmati seks yang berkualiti akan menurunkan 50 peratus risiko diserang penyakit jantung.

3. Kekalkan Berat Badan

Tentukan berat badan anda dalam keadaan yang ideal untuk petua bahagia kekal sihat. Jangan biarkan berat badan turun naik kerana ia tidak baik untuk kesihatan anda.

4. Minum air suam

Untuk petua bahagia anda kekal sihat, ada yang mengatakan setiap orang dewasa perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Namun begitu, menurut Michael Sawka dari Institute of Medicine Amerika Syarikat, keperluan air setiap orang adalah berbeza. Anda hanya perlu minum air selepas makan apabila dahaga. Itu sudah memadai untuk memastikan kandungan air untuk tubuh mencukupi.

5. Cuci tangan

Hampir 80 peratus penyakit seperti batuk, selesema dan bersin disebarkan melalui sentuhan. Maka seeloknya anda cuci tangan sekerap mungkin. Menurut kajian hanya 16 peratus orang di seluruh dunia yang mencuci tangan mereka dengan sempurna dan kerap.

6. Ketawa Penawar Duka

Ketawa menghasilkan endhorpins iaitu sejenis bahan kimia yang menghasilkan tenaga dan mengurangkan tekanan. Secara tidak langsung ia juga menurunkan hormon yang menjadi punca stres. Menurut Lee Berk dari Universiti of California, kesan positif ketawa boleh bertahan hampir 12 jam.

7. Berhenti merokok

Merokok itu tiada satu pun kebaikannya. Menurut kajian di Amerika Syarikat, satu perlima wanita di sana merokok dan  hampir 200,000 daripadanya bakal mati disebabkan penyakit berkaitan dengan kesan merokok. Maka bagi anda yang merokok, mulakanlah usaha untuk berhenti.

8. Floss

Ia bukanlah aktiviti kesihatan yang popular namun banyak kebaikannya. Floss mengelakkan penyakit gusi dan juga mencantikkan senyuman. Hasil kajian, penyakit gusi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, strok dan juga kencing manis. Melakukan flossing seminggu sekali sudah memadai menurut Howard S. Glazer dari Academy of General Disease.

9. Luangkan Masa Bersama Teman

Secara tidak sedar, apabila anda dikelilingi teman-teman rapat anda berasa lebih segar dan sihat. Lebih-lebih lagi dengan teman yang boleh membuatkan anda tertawa. Menurut kajian, wanita akan menghasilkan dua jenis hormon, oxytocin dan prolactin yang mencetuskan rasa ingin menjalinkan persahabatan. Selain itu kajian juga membuktikan bahawa memiliki teman rapat yang ramai mampu memanjangkan hayat seseorang.

10. Tidur Yang Cukup

Nikmatilah tidur selama tujuh hingga sembilan jam setiap hari. Ia akan merehatkan tubuh dan minda. Oh ya, maksud tidur disini ialah tidur pada waktu malam bukannya di siang hari.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/