10 Petua Hidup Tenang

Petua Hidup Tenang
Petua Hidup Tenang

Petua Hidup Tenang

Hidup tenang tanpa sebarang gangguan daripada permasalahan manusia memang menjadi impian semua manusia di atas muka bumi ini. Namun itu hanyalah mimpi yang sangat indah di dalam tidur lena kita semalaman. Sebagai manusia normal yang mengharungi kehidupan seharian tidak boleh lari daripada masalah yang melanda baik masalah di rumah juga di tempat kerja.

Justeru itu, cara berhadapan dengan masalah bergantung kepada anda untuk menyelesaikannya kerana Allah SWT tidak akan menguji hamba Nya melainkan di atas kemampuan hamba Nya itu sendiri. Besar mana sekalipun masalah yang datang dan menimpa diri kita pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting kita tidak mudah putus asa dan berusaha untuk menyelesaikannya dan hidup tenang.

Baiklah, berikut dibawah ini admin ingin kongsikan 12 petua hidup tenang yang boleh pembaca Petua Bahagia jadikan ia sebagai panduan untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

1. Jangan Mudah Putus Asa

Ketahuilah bahawa untuk menikmati hidup tenang ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah yang menimpa diri anda atau pun keluarga anda kerana ia menjadikan seseorang itu matang, kuat dan belajar dari kesilapan lalu.

2. Kegembiraan

Untuk hidup tenang, sebenarnya tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri.

3. Syukur Selalu

Berdamailah dengan diri dan bersyukur selalu dengan segala apa rezeki yang Allah SWT telah kurniakan tidak kira sama ada kecil atau besar.

4. Kasih Sayang

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang untuk mendapatkan hidup tenang di atas dunia ini sementara hayat masih dikandung badan.

5. Lupakan Kesilapan

Jangan dikenang atau diungkit kesilapan pada masa silam. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.

6. Jangan Buat Perbandingan

Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

7. Fokus Dan Berfikiran Positif

Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yanFg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

8. Buat Sekadar Mampu

Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

9. Jangan Beremosi

Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyumkan saja.

10. Abaikan Gosip Liar

Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/