10 Petua Kekal Muda

Awet Muda
Kekal Muda

Kekal Muda

Anda tetap kelihatan kekal muda walaupun usia dalam lingkungan 20-an, anda tentunya ingin kembali ke zaman remaja dan bila usia menginjak 30-an anda ingin pula kelihatan sepuluh tahun lebih muda. Itulah lumrah kehidupan yang punya kitarannya. Tetapi ada cara untuk elak nampak tua dan kekal muda sebelum waktunya.

1. Ikan Salmon
Banyak kajian telah menunjukkan asid lemak Omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon, tuna dan sardin dapat melambatkan proses penuaan untuk anda muda. Jadi pesan hidangan ini bila anda menjamu selera di restoran yang menyediakan menu sebegini.

2. Kudapan lazat
Dark chocolates dikatakan dapat membantu anda kekal muda kerana ia mengandungi antioksidan anti-penuaan yang lebih berbanding jus buah-buahan serta kaya dengan bahan untuk jantung yang sihat. Jadi tidak salah untuk nikmati coklat lazat sekali sekala.

3. Menu Berwarna Merah
Menu makanan yang berwarna merah kaya dengan antioksidan dan bahan yang membantu melambatkan proses penuaan dan membantu anda kelihatan kekal muda. Tambahkan makanan seperti tembikai, aneka beri dan tomato kerana buah manis seperti ini dapat membantu mencerdaskan minda dengan melawan mental menjadi lemah kerana faktor usia.

4. Rutin Cantik
Jika selama ini anda menggunakan produk kecantikan seperti bedak asas yang sama, cuba ubah dan pilih sesuatu yang memberikan lebih kebaikan untuk kulit anda yang secara fizikal sudah berubah mengikut usia dan nampak kekal muda.

5. Cari Teman Ceria
Saat anda perlu naikkan semangat, ajak rakan yang berperwatakan ceria untuk keluar minum kopi atau makan malam selepas waktu kerja. Rakan yang positif amat mudah meresap aura postif dalam diri anda juga untuk kekal muda.

6. Tea time
Ramai pakar percaya teh adalah minuman yang bagus untuk tenangkan diri yang sedang stress. Ada banyak jenis teh untuk pelbagai keperluan tetapi kajian mendapati teh hijau adalah yang paling sesuai untuk mengekalkan elastisiti kulit dalam proses matang untuk anda nampak kekal muda.

7. Senyum Dan Ketawa

Dengan timbunan kerja serta deadline yang menanti, ada kalanya keceriaan dapat mengurangkan tekanan yang menjadi penyumbang utama kepada penuaan sebelum waktu. Ajak teman sekerja berbual seketika dan berkongsi cerita kelakar atau manis untuk pertingkat tahap ceria. Atau layari YouTube untuk tonton klip Maharaja Lawak atau Karoot Komedia.

8. Lindungi Kulit
Tentu anda pernah mendengarnya sebelum ini tetapi jangan sesekali skip rutin penjagaan kulit untuk nampak kekal muda dan yang paling utama iaitu memakai krim tabir suria. Selaran matahari terik sama ada di tempat terlindung atau terbuka sama yang akan membuat wajah mudah berkedut.

9. Nap time
Ramai antara kita yang kurang tidur terutama semakin meningkat usia menjadikan hormon tubuh lebih huru-hara. Jika berpeluang tidur seketika selama 20 minit (jika terlebih dari ini anda mungkin akan lebih penat) kerana ia akan meningkatkan tenaga dan bantu kurangkan lingkaran gelap.

10. Beriadah
Anda pun tahu senaman baik untuk kesihatan dan juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Bagaimana ia membantu anda kekal muda? Pilih aktiviti yang menyeronokan seperti kelas tarian atau aerobik yang buat anda rasa seperti orang muda juga orang di sekeliling anda juga lihat anda kekal muda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/