10 Petua Kemanisan Berumahtangga

kemanisan berumahtangga
kemanisan berumahtangga

kemanisan berumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan berumahtangga yang berpanjangan dalam hidup yang dibinanya.

Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan berumahtangga tersebut, anda boleh cuba mengamalkan 10 petua kemanisan berumahtangga seperti dibawah ini :

1. Impian 

Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut. Pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.

2. Sentuhan 

Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

3. Senyum

Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya. Kan manis berumahtangga jika pasangan saling membalas senyuman antara satu sama lain.

4. Hadiah

Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut menambah lagi kemanisan berumahtangga.

5. Lemah-Lembut Dan Berbudi Bahasa 

Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

6. Adab 

Dalam menjaga keharmonian dan kemanisan berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

7. Perubahan

Setiap mereka yang menjalani hidup berumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibu bapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

8. Bercuti Dan Makan Malam (Candle Light Dinner)

Rancangkan percutian ke tempat-tempat yang menarik atau romantik dan aturkan makan malam (candle light dinner) bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri dan mengimarahkan kemanisan hidup berumahtangga.

9. Ciuman

Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

10. Cincin Perkahwinan

Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin perkahwinan tersebut. Ia juga dapat mengelakkan anda didekati oleh orang ketiga yang cuba mengurat anda dan mereka pastinya membatalkan niat sekiranya ternampak cincin perkahwinan yang dipakai isyarat jelas menunjukkan anda sudah berumahtangga.

doa kebahagian hidup berumahtangga

doa kebahagian hidup berumahtangga

Kesimpulannya, kemanisan hidup dalam rumahtangga secara khusus dan dalam kehidupan umumnya hanya boleh dirasai apabila kita mengecapi dan menghayati kemanisan iman. Menurut sepotong Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW menyatakan kemanisan iman akan dikecapi oleh seseorang yang ada padanya tiga perkara, iaitu: Allah dan Rasul lebih dicintai daripada yang lain, mencintai seseorang kerana Allah dan tidak suka kembali kepada kekufuran sebagaimana tidak sukanya masuk ke dalam api neraka. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/