10 Petua Menambat Hati Ibu Bapa Mertua

doaibubapa

doaibubapa

Ibu bapa mertua adalah ahli keluarga baru yang perlu kita hormati dan patuh sekiranya kita baru mendirikan perkahwinan bersama pasangan. Sebagaimana kita menghormati, taat dan patuh pada ibu bapa sendiri begitu juga dengan ibu bapa mertua kita. Mereka adalah ibu kepada pasangan kita yang telah membesar, mendidik dan merestui perkahwinan kita oleh itu Islam telah mengangkat darjat ibu dan bapa mertua sama seperti ibu bapa kita sendiri. Di dalam melayari alam rumah tangga banyak karenah atau pun ragam ibu atau bapa yang telah mencampuri lantas mempengaruhi keputusan sesuatu tindakan sekiranya berlaku masalah di dalam rumah tangga anaknya.

Disini admin ingin kongsikan 10 Petua menambat hati mertua :

mertua

1. Sebagai seorang menantu yang baik dan bertanggungjawab kita haruslah menunjukkan akhlak yang baik dengan menghormati ibu bapa mertua dan melayan mereka sama seperti ibu bapa sendiri.

2. Ringankan tulang dengan menolong membuat sesuatu kerja tanpa disuruh sekiranya keluarga belah mertua ada membuat majlis kerja kahwin ataupun kenduri kesyukuran.

3. Kerap ajak pasangan balik ke kampung menjenguk pasangan dan jika tiada masa atau pun berkesempatan untuk balik ke kampung, cukup dengan hanya menelefon dan bertanyakan khabar itu sudah memadai bagi mereka.

4. Berikan sumbangan atau duit belanja kepada mereka daripada sebahagian gaji anda untuk mendapat keberkatan dan doa mereka.

5. Sentiasa ada masa untuk mertua ataupun fleksibel sekiranya mereka ingin mengajak anda pergi kemana-mana. Dengan sikap anda yang fleksibel inilah anda akan disayangi oleh ibu bapa mertua anda dan sekaligus menambat hati mereka.

6. Membelikan hadiah sebagai penghargaan ketika tiba hari lahir mertua dan membuat sambutan secara kecil-kecilan. Walaupun ada sesetengah mertua yang memang tidak menyambut atau merayakan hari lahir mereka namun jika anda ada ‘effort’ untuk melakukannya ibu bapa mertua anda akan menghargainya.

7. Sekiranya anda berkemampuan, anda boleh menaja ibu bapa mertua menunaikan ibadah haji atau umrah. Tiada apa yang mereka harapkan selain daripada dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci ketika masih sihat tubuh badan dan mampu berjalan.

8. Pandai melayan ibu bapa mertua ketika berbual-bual berkenaan isu semasa terutama sekali bab berkaitan politik. Jangan terlalu menunjukkan anda tidak bersetuju dengan mereka walaupun mertua anda itu kemukakan beberapa fakta yang bercanggah dengan fahaman politik anda.

9. Membantu mertua membersihkan kebun ataupun sering mengikuti mertua ke majlis-majlis anjuran masyarakat setempat seperti gotong royong. Dengan kerajinan dan kekerapan anda mengikuti program-program sebegini ia akan membuka mata masyarakat dan jiran-jiran bahawa ibu bapa mertua anda mempunyai menantu yang rajin dan baik.

10. Jika anda ingin pergi bercuti bersama keluarga anda ke tempat-tempat yang menarik ajak ibu bapa mertua anda sekali. Mereka juga sekali sekala ingin merehatkan badan dan minda mereka daripada kerja-kerja harian yang mereka lakukan sama seperti kita.

Walaubagaimanapun anda bersikap baik dan ingin menambat hati ibu bapa mertua anda jangan dilupakan ibu bapa sendiri. Sebagai anak kita kena bersikap adil dan semestinya anda kena pandai main peranan agar tidak membuat mana-mana pihak berkecil hati. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/