10 Petua Rawat Mata Rabun

Mata Rabun
Mata Rabun

Mata Rabun

Masalah mata rabun bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita kerana di dalam ahli keluarga kita pasti ada yang memakai cermin mata atau kanta lekap akibat daripada masalah mata rabun ini. Antara punca mata rabun adalah disebabkan faktor usia yang semakin meningkat, duduk di depan skrin komputer terlalu lama atas tuntutan kerja dan juga faktor pemakanan serta penjagaan mata yang tidak diambil berat.

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Begitu juga dengan masalah mata rabun ini ianya boleh dirawat dan dipulihkan. Jadi tak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal ditarik atau mula ‘hilang’.

10 petua rawat mata rabun dibawah ini mungkin akan jadi salah satu penawar yang sangat berguna bagi anda untuk pulih.

hot_girls_glasses_11

1. Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

2. Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata untuk mengelakkannya daripada masalah mata rabun.

7f39cd77e26679f3ffa7d7f8287ba377

3. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi anti oksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Anti oksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

4. Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

glasses-031114

5. Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan anti oksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata yang menjadi punca mata rabun.

6. Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

great-looking-reading-glasses-600-web_grande

7. Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu untuk mencegah mata rabun.

8. Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu In shaa Allah rabun mata semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

8b91f70cbce622b6e0d4f261b8253665

9. Teh
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

10. Bawang Putih Dan Bawang Merah
Bawang putih dan bawang merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Unknown

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/