10 Sakit Vagina Ketika Seks

sakit vagina
sakit vagina

sakit vagina

Di dalam melakukan hubungan seks suami isteri biasanya isteri akan mengadu kerap rasa sakit pada vagina kerana banyak faktor yang mempengaruhi kepada punca permasalahan kesakitan ini. Kesakitan dirasakan selepas isteri habis berpantang selepas melahirkan anak dan kali pertama ingin melakukannya. Pastinya ketakutan dan perasaan resah menghantui isteri kerana memikirkan luka bersalin yang baru sembuh.

Kadangkala ada isteri yang mengadu merasai kesakitan di vagina sewaktu melakukan hubungan seks bersama suami. Kesakitan tersebut berpunca seperti yang diberikan di bawah ini.

1. Vaginismus

Penyebab utamanya ialah perasaan takut isteri datang secara tiba-tiba sewaktu melakukan hubungan seks menyebabkan otot vagina masuk ke dalam ‘spasm’. Perkara biasa ini boleh mendorong kepada kesakitan.

2. Jangkitan Vagina

Sewaktu melakukan hubungan seksual para isteri akan berasa tidak selesa seperti terasa pedih-pedih atau ‘membakar’. Ini disebabkan terdapat jangkitan kulat pada vagina isteri.

3. Masalah Pada Servik

Jangkitan kuman yang berlaku pada servik boleh mendatangkan kesakitan sewaktu hubungan seksual iaitu semasa batang atau zakar suami menyentuhi servik.

4. Masalah Pada Uterus Dan Ovari

Jika terdapat fibroid dan sista di dalam ovari atau uterus, ini juga boleh mengakibatkan kesakitan sewaktu penetrasi.

5. Endometriosis

Keadaan ini wujud apabila ‘endometrium’ (jaluran tisu pada uterus) membesar di luar uterus juga boleh mengundang kesakitan pada wanita.

6. Inflammasi Pelvik

Tisu-tisu ini membengkak dan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat.

7. Kandungan Luar Rahim

Kesakitan juga boleh berlaku jika telur yang subur membesar di luar uterus.

8. Menopaus

Keadaan ini sering berlaku pada wanita yang telah berumur atau lanjut usia di mana vagina mengalami kekeringan setelah tiada kelembapan di kawasan tersebut.

9. Jangkitan Penyakit Kelamin

Penyakit-penyakit kelamin seperti herpes juga boleh menyebabkan kesakitan akibat berlakunya jangkitan kulat.

10. Kecederaan Pada Vulva Atau Vagina

Simpton kecederaan vagina seperti di atas ini biasanya terjadi sewaktu wanita melahirkan anak di mana (bahagian kulit antara vagina dan anus) dibuka atau terkoyak sewaktu pembedahan dijalankan.

Kesimpulan

Untuk memastikan kesejahteraan rumahtangga sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni. Suami perlu bertolak ansur dan memahami keadaan isteri bagi memastikan tiada salah faham mengapa isteri menolak atau tidak mahu melakukan hubungan seks. Cuba berbincang dan letakkan diri anda di tempat isteri untuk memahami masalah sebenar dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/