10 Sebab Berat Badan Susah Turun

berat badan
berat badan

berat badan

Kenapa berat badan susah turun? Pelik kan?? Rasanye dah kurangkan makan..dah exercise dan tak makan malam tapi berat tetap susah nak turun.. Kadang-kadang stress dan give up di buatnya. Apa yang silap ye.

Pening beb kalau tak betul-betul. Bila fikir-fikir boleh jadi kanser otak sebab macam tak logik. kita ikut rutin kecergasan, dan kita juga pilih makanan yang sihat, dengan harapan berat badan akan turun, kan? Tapi tak turun.. Itu yang kita give up, frust, dah malas nak buat apa-apa untuk turunkan berat badan!

Ok disebabkan itu admin nak share dengan korang semua 10 sebab kenapa berat badan susah turun. Jom kita tengok mungkin ini salah satu sebab berat badan kita susah nak turun. Boleh jadikan benchamark untuk korang yang tengah berusaha nak kurangkan berat badan.

1. Minum Air Yang Mempunyai Kuantiti Gula Yang Tinggi Dengan Kuantiti Yang Banyak.
Ok yang ni korang kena faham bukan tak boleh minum air manis ye tapi minum air manis dalam kuantiti yang sangat minima. Nanti kalau tak minum air manis langsung karang ada yang kata tak ada tenaga nak buat keja. Yela salah satu fungsi gula kan membekalkan tenaga untuk badan. Tapi kalau dah bantai air coca cola sampai 5/6 botol satu hari jangan tanya kenapa berat badan susah nak turun. Cukupla satu hari sekali.

2. Tak Ambil Sarapan Pagi.
Ramai yang tak ambil sarapan pagi dengan alasan nak diet dan nak kurus. Tapi korang tau tak salah satu penyebab berat badan susan nak turun sebab tak ambil sarapan pagi. Tips nak turunkan berat badan ialah makan seperti biasa cuma dalam kuantiti yang sedikit. Pilih makanan yang lebih banyak protein, vitamin dan fibre berbanding lemak dan karbohidrat. Ini kerana badan kita masih memerlukan tenaga untuk membakar kalori dan lemak. Kalau tak makan pagi mana nak dapat tenaga nak bakar lemak-lemak kita ni.

3. Makan Terlalu Cepat.
Kunyah makanan perlahan-lahan sebab dengan mengunyah secara perlahan, kita akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali kita makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20 minit diperlukan untuk perut mendapat signal dari otak bahawa kita dah kenyang. So, sebaiknya Ikutlah Sunnah nabi iaitu mengunyah makanan 40 kali sebelum telan.

4. Kurang Waktu Tidur
Percaya tak bila kita kurang waktu tidur nafsu untuk makan kita lebih tinggi sebenarnya. Orang yang mempunyai waktu tidur kurang dari 5 jam mempengaruhi minda untuk makan malam. So secara logiknya semakin kurang masa tidur kita semakin banyak masa kita makan. Pernah tak korang alami perkara yang sama.

5. Malas Exercise
Ok korang jangan ingat bila korang dah kurangkan makan dah follow tips lain yang admin bagi ni korang tak perlu senam eh. Salah tu. Walaupun korang dah amalkan makanan sihat tapi ada part2 pinggang atau punggung kita yang berlemak dan tanpa senaman kita tak akan dapatkan bentuk yang kita inginkan. Kesimpulannya, badan kita akan lebih cepat berisi kalau kita malas bersenam atau bersenam tapi tak konsisten.

6. Kurang Minum Air Masak
Admin pernah terbaca dalam kajian. Seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yg tidak minum. Jadi kalau nak kurus korang kena amalkan.

7. Makan Lewat Malam
Yang ni pun kajian juga.Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yg makan selepas pukul 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi kalau terasa lapar sangat lepas tu tak boleh tahan cari makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah macam buah-buahan ataupun roti oatmel

8. Pengambilan Karbohidrat yang Berlebihan.
Korang tau tak dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan boleh menyebabkan kita ketagihan. Tengok macam tak related kan kan sebab karbohidrat bukan dadah. Ok admin bagi contoh nasi putih korang mesti tak tau yang nasi boleh meningkatkan hormon serotonin yang menyebabkan kita nk makan lagi. Jadi korang boleh gantikan nasi dengan beras perang oatmeal atau beras perang.

9. Makan Ketika Stress
Makan ketika kita stress atau ketika sedang marah akan membuat kita makan dengan kuantiti yang lebih banyak sebab biasanya kita makan untuk mengatasi masalah emosi kita. Jadi awas ye.

10. Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan.
Ada kajian menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila berkawan dengan orang yg ada obesiti. Hah jangan korang ingat admin double standard pulak. Itu tak bermaksud korang tak boleh berkawan dengan orang yg berbadan besar. Tapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajakla kawan pergi bersenam dan amalkan pola permakanan yg sihat. ☺

Itu di antara sebab kenapa badan kita susah nak turun berat walau macam mana sekalipun kita cuba. Tapi kan macam manalah nak kurus kalau dah gemuk 10 tahun tapi nak kurus dalam masa 10 hari.huhuhuhu…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/