10 Sebab Lelaki Menangis

Sebab Lelaki Menangis
Sebab Lelaki Menangis

Sebab Lelaki Menangis

Kenapa pula lelaki menangis dan mengalirkan air mata? Apakah yang anda fikir terhadap lelaki yang selalu menangis? Adakah mereka ini tidak tahu malu dan mempunyai sifat seperti perempuan? Atau adakah mereka mempunyai sebab yang lain? Semua lelaki jika boleh, ingin mengelak untuk menangis. Bagi mereka, menangis akan meruntuhkan dinding ego, terutama sekali jika di hadapan kekasih hati. Adakah anda merupakan salah seseorang lelaki yang pernah menangis atau mengalirkan air mata dalam hidup?

Sungguhpun ada yang mengatakan, lelaki menangis tak ‘macho’, namun ada juga beranggapan lelaki menangis menyerlahkan satu sisi yang lain. Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata dikatakan sebagai lelaki  yang serta jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling hidup ini adalah lelaki bersikap egois!

Jom, semak beberapa penyebab lelaki menangis atau mudah mengalirkan air mata jantan mereka.

10 sebab lelaki menangis adalah kerana :

1. Pasukan Sukan Kegemarannya Tewas

Sebahagian besar lelaki merupakan peminat pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Terlampau fanatik kepada pasukan pilihan kadangkala boleh membuat seseorang bertindak di luar kawalan termasuk menangis kerana kecewa pasukan kegemarannya tewas.

Tidak dinafikan, menangis sinonim dengan kaum Hawa. Namun, apabila kaum Adam pula yang menangis, kadangkalanya lebih teruk daripada wanita sehingga teresak-esak. Ini pastinya membuatkan anda sebagai wanita terpinga-pinga dan tertanya apa yang membuatkan lelaki menangis dan bagaimana pula untuk menghadapinya?

2. Kelahiran Anak Pertama

Bukan semua lelaki sanggup menyaksikan sendiri proses kelahiran anak pertama. Bagi mereka yang tidak sanggup melihat proses tersebut,sememangnya mereka adalah antara orang yang rugi kerana saat itulah yang sebenarnya sangat bererti buat pasangan itu dan diri lelaki itu sendiri.

Rata-rata lelaki yang pertama kali menjadi bapa akan merasa amat seronok dan gembira apabila saat pertama menatap raut wajah anaknya yang baru lahir. Perasaan itu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kenangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir.

3. Saat Menikah Dan Bergelar Suami

Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat menikah, lelaki juga boleh menitiskan air mata tatkala bergelar suami kepada seorang wanita yang amat di cintainya kerana saat  itu adalah momen yang paling penting dalam hidupnya.

4. Ketika Lamarannya Diterima

Tidak ada jawapan lain yang diinginkan lelaki selain kata: “Ya,saya sudi” ketika dia melamar kekasihnya. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusah payah untuk menawan hati si dia, air mata lelaki akan mengalir kerana dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya adalah menikahi wanita yang dicintainya!

5. Kematian Orang Yang Dicintai

Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Amat mustahil lelaki tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal dunia.

6. Kematian Haiwan Peliharaan

Bukan hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya yang sangat akrab. Lebih-lebih lagi apabila haiwan tersebut sudah dipelihara sejak kecil dan banyak masa dihabiskan bersama.

7. Melihat  Orang Yang Disayanginya Sengsara

Lelaki mana yang tahan jika melihat orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Bagi mereka, lebih baik mereka sendiri yang sengsara daripada melihat orang yang mereka sayang menderita. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya mereka kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.

8. Mengecewakan Keluarga Atau Orang Tersayang

Ya,membuat kekasih atau orang tersayang kecewa merupakan satu sebab yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah yang terlampau akan menyelubungi dirinya jika orang tersayang menjadi kecewa kerana perbuatannya.

9. Ditinggalkan Orang Tersayang

Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain juga akan membuat seorang lelaki menitiskan air mata kecewa. Lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya kerana benar-benar kecewa.

10. Membuat Ibu bapa Bangga

Baik lelaki mahupun wanita, pasti punya keinginan untuk membuat ibubapanya berasa bangga. Perasaan bahagia tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila melihat kebahagiaan di mata ibubapanya. Air matanya pasti menitis apabila orang tuanya memuji dengan menyatakan dia adalah anak yang terbaik. Malah kebiasaannya anak lelaki lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.

 

Tips Ekstra Petua Bahagia Berhadapan Lelaki Menangis

• Tenangkan si dia. Anda boleh menenangkan dirinya dan berikan kata-kata semangat yang boleh menceriakan si dia semula.

• Jangan lekas buat andaian. Lelaki yang menangis tidak semestinya mereka tidak tulen. Terima keadaan dirinya seadanya.

• Jangan panik. Sekiranya kekasih anda sedang menangis, jangan menggelabah. Berikan masa kepada dia. “Be natural dan stay cool.”

Kesimpulan

Tak kiralah sekeras atau selembut mana hati seorang lelaki, apabila air matanya mengalir ia membawa ertinya tersendiri. Lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada kedukaan, kesedihan dan kekecewaan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/