10 Senaman Ringkas Di Rumah

Senaman Ringkas Di Rumah
Senaman Ringkas Di Rumah

Senaman Ringkas Di Rumah

Senaman ringkas di rumah adalah satu senaman yang tidak memerlukan alatan lengkap lain seperti di gym untuk anda melakukan senaman ringkas yang membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan di samping menjadikan rumah anda sebagai ‘gym’.

Ianya bukan lagi boleh dijadikan sebagai satu alasan untuk anda tidak melakukan senaman ringkas ini kerana ianya sangat mudah dan tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli kelengkapan alatan senaman seperti di gym.

Berikut dibawah ini ialah 10 senaman ringkas yang boleh anda praktikkannya di rumah tanpa alatan senaman yang lengkap :

1. Berjalan
Jika cuaca elok, berjalan di sekitar rumah sambil lihat pemandangan sekeliling memang menyeronokkan. Jika cuaca tidak mengizinkan, cuba berjalan naik turun tangga beberapa kali (pada masa sama boleh angkat turun barang lagi). Ini boleh menguatkan kaki dan lutut. Jika tiada tangga anda boleh berjalan sahaja keliling dalam rumah, walaupun kurang seronok, tetapi senaman ringkas ini masih berkesan untuk mengeluarkan peluh dan membakar kalori dalam tubuh badan anda.

2. Jumping Jack Atau Lompat Bintang
Senaman ringkas ini paling seronok, boleh ingat kembali memori zaman kanak-kanak. Lagipun siapa yang tidak pernah main lompat bintang kan? Jangan pelik, jumping jack adalah salah satu senaman kardio yang hebat untuk menjaga kesihatan jantung anda, juga boleh dijadikan sebagai satu warming up.

3. Pushup Atau Pumping
Senaman ringkas ini paling tidak disukai kan? Walaupun nampak susah, tetapi pushup boleh juga dilakukan dengan cara mudah. Tidak perlu cuba jadi macam atlit siap pushup guna sebelah tangan, buat sebagaimana yang anda mampu. Buat dengan lutut, berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap dinding. Sesuai untuk meningkatkan kekuatan tangan, juga menguatkan bahagian sekitar dada.

4. Leg Lifts Atau Apungan Kaki
Senaman ringkas ini bertujuan untuk menguatkan kaki. Jika rasa susah untuk apungkan kaki, bengkokkan kaki sedikit.

5. Crunches Atau Sit Up
Untuk kekuatan abdomen dan bahagian perut. Tidak perlu risau jika kepala tidak dapat naik habis, asalkan dapat naik atau bangun dan anda dapat rasa tekanan pada bahagian perut, ini pun dah cukup bagus.

6. Jogging In Place Atau Jogging Setempat
Senaman ringkas yang hebat ini bagus untuk jantung. Boleh jogging semasa menonton tv ataupun mendengar muzik. Jika ada pun alatan yang perlu, hanyalah sepasang kasut untuk mengelakkan kaki melecet/ tekanan pada kaki.

7. Squats
Senaman ringkas ini sungguh berkesan untuk kaki dan punggung. Jika rasa susah, juga boleh dilakukan dengan memegang hujung kerusi. Asalkan boleh buat berulang beberapa kali, dah cukup bagus untuk badan.

8. Angkat Berat
Tidak perlu pergi kedai beli alat sukan mahal beli besi angkat berat mahupun dumbel untuk melakukan senaman ringkas angkat berat di rumah. Gunakan sahaja apa-apa yang ada di rumah. Mulakan mengangkat barang-barang ringan, seperti setin air pepsi, sebelum pergi kepada barang yang lebih berat, sebekas (ada pemegang) pencuci lantai cecair saiz besar.

9. Menari
Senaman ringkas yang menyeronokkan. Bahkan boleh meningkatkan emosi dan semangat juga.

10. Step Exercises Atau Berjalan Setempat
Senaman ringkas naik turun satu anak tangga. Boleh kuatkan otot kaki. Pastikan jangan tergelincir semasa melakukan senanam ringkas ini. Jika rasa kurang seronok, buatlah apa-apa gaya aerobik yang anda suka, asalkan ada effort naik turun.

Macam mana? tak semestinya perlu pergi gym atau ke taman-taman rekreasi setiap minggu untuk melakukan senaman bukan?. Bagi yang tiada masa, sesuai untuk di buat di rumah sahaja.

Selamat mencuba

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/