10 Sifat Mulia Isteri Buka Pintu Rezeki

Sifat Mulia Isteri Buka Pintu Rezeki
Sifat Mulia Isteri Buka Pintu Rezeki

Sifat Mulia Isteri Buka Pintu Rezeki

10 sifat mulia wanita atau isteri yang membuka pintu rezeki bagi suaminya. Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa pintu rezeki boleh terbuka dengan izin Allah SWT atas peranan seorang isteri yang mempunyai sifat mulia dan sentiasa berdoa untuk suaminya.

Pintu rezeki yang terbuka memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, namun ianya boleh dijelaskan secara ilmiah dan fakta menurut agama Islam bahawa 10 sifat mulia isteri ini membuka pintu rezeki bagi suaminya.
1. Isteri Yang Taat Dan Melayani Suaminya
Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Selagi perintah suami yang tidak melanggar perintah Allah dan RasulNya, isteri wajib mentaatinya. Ini adalah salah satu sifat mulia isteri yang membuka pintu rezeki suami secara tidak langsung.
2. Isteri Yang Pandai Bersyukur
Isteri yang pandai bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah SWT pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk membuka pintu rezeki suaminya. Punya suami yang bertanggungjawab, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
3. Isteri Yang Bertawakal Kepada Allah SWT
Di saat seseorang bertawakal kepada Allah SWT, Allah akan membuka pintu rezeki dan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. At Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selalu harus langsung diberikan kepada wanita tersebut. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
4. Isteri Yang Baik Agamanya
Rasulullah menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha

5. Isteri Yang Kerap Melakukan Solat Dhuha
Solat Dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat Dhuha dua rakaat setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah tiap persendian. Solat Dhuha empat rakaat, Allah SWT akan menjamin dengan membuka pintu rezeki di sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Baginda menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua rakaat Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal. Cuba kita perhatikan, In Shaa Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah SWT kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak melakukan maksiat kepada Allah tetapi Allah SWT tidak menutup pintu rezeki nya? Boleh jadi Allah SWT hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat ketaqwaan isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah SWT kemudian membuka pintu rezeki dan mempermudahkan rezekinya.
6. Isteri Yang Banyak Beristighfar
Di antara keutamaan istighfar adalah membuka pintu rezeki. Hal ini boleh dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 hingga 12. Bahawa dengan memperbanyakkan istighfar, Allah SWT akan mengirimkan hujan dan memperbanyakkan harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
7. Isteri Yang Menjaga Ikatan Silaturahim
Isteri yang gemar menyambung dan menjaga ikatan silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya dia sedang membantu membuka pintu rezeki suaminya. Sebab keutamaan ikatan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
8. Isteri Yang Suka Bersedekah
Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki dan membuka pintu rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surah Al Baqarah, akan dilipatgandakan Allah hingga 700 kali ganda. Bahkan hingga berlipat-lipat kali ganda lain sesuai kehendak Allah SWT.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Maka pekerjaan atau perniagaan suaminya berjalan lancar dan membuka pintu rezeki serta rezeki suaminya melimpah ruah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
9. Isteri Yang Bertakwa
Orang yang bertakwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan ia akan dibukakan pintu rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surah At Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).
10. Isteri Yang Selalu Mendoakan Suaminya
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah juga dengan rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya bergantung kepada manusia dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada manusia iaitu majikan di tempat kerja namun perbanyakkanlah berdoa dan memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa dibukakan pintu rezeki serta dilimpahkan rezeki dari Allah SWT, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkan permintaannya.
“DanTuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).

Kesimpulan

Apa hubungannya sifat mulia isteri dengan pembuka pintu rezeki? Ketika seorang isteri mempunyai 10 sifat mulia di atas dan taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun akan berasa tenang dan damai. Ketika hatinya damai, dia boleh berfikir lebih mendalam dan ilham serta ideanya akan muncul. Semangat kerjanya pun bertambah. Ibadah juga lebih tenang dengan rezeki yang mengalir lancar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/