10 Simpton Dehidrasi

Simpton Dehidrasi
Simpton Dehidrasi

Simpton Dehidrasi

Masalah dehidrasi adalah masalah yang berlaku pada seseorang apabila badan mereka kekurangan air akibat cuaca panas yang melampau dan kurang minum air masak. Air merupakan suatu elemen yang sangat penting untuk tubuh manusia. Tapi sayangnya ramai yang ambil endah tak endah tentang keperluan air yang cukup untuk manusia sehingga menyebabkan masalah dehidrasi ini menganggu dan menyerang mereka.

Tahukah anda 70% daripada badan kita adalah dipenuhi dengan air? Jadi, dengan hanya 2-3 gelas tidaklah mencukupi. Paling kurang ialah 8 gelas besar sehari. Ada juga kajian menunjukkan jumlah pengambilan air masak mestilah mengikut berat badan. Contohnya, setiap 20kg berat anda memerlukan 2 liter air, bermakna jika berat 80kg memerlukan 4 liter air!

Air diperlukan tubuh untuk mengelakkan dehidrasi, mengawal suhu badan, melindungi organ dalaman dan membantu peredaran oksigen dalam sel tubuh. Kekurangan air dalam tubuh badan atau dehidrasi akan menyebabkan pelbagai masalah tubuh berlaku. Bagi mereka yang sedang berusaha nak turunkan badan pula, pasti tak akan berjaya kalau air yang diambil seharian tidak mencukupi.

s

Berikut dibawah ini admin kongsikan antara 10 simpton atau tanda dehidrasi :

1. Susah Berak

Seksanya rasa kalau terpaksa meneran berjam-jam dalam bilik airkan? Antara faktornya dehidrasi akibat badan kurang air dalam usus, menyebabkan tahi menjadi keras dan kering. Sebab itu susah nak keluar dan menyakitkan!

2. Air Kencing Warna Kuning Pekat

Bila badan anda kurang air atau dehidrasi, buah pinggang akan automatik cuba menjimatkan air dalam badan dengan mengurangkan pengeluaran air kencing. Tapi badan tetap juga perlu buang air kecil dan akibatnya, air kencing akan nampak gelap dan berwarna kuning pekat.

3. Kejang Otot

Biasanya berlaku kepada atlet atau orang yang aktif bersukan. Apabila melakukan aktiviti, badan akan berpeluh dan mengeluarkan air yang sangat banyak dan mengakibatkan dehidrasi. Justeru, anda akan senang terkena kekejangan otot terutamanya yang banyak digunakan seperti betis kalau tidak minum air semula.

4. Mudah Penat

Baru berjalan sedikit dah mengah. Dah tua ker aku nieh? Bukan dah tua, tapi anda tu yang malas nak minum air. Apabila air kurang, aliran darah akan berkurangan dan tekanan darah turut menurun. Oksigen dalam darah juga akan berkurangan. Ini akan menyebabkan otot dan saraf bekerja dengan lambat dan menyebabkan anda senang penat.

5. Mulut Kering Dan Lidah Bengkak

Anda lihat di cermin. Bibir anda merekah dan mengulas, itu tandanya kurang air. Begitu juga kalau lidah nampak bengkak lebih daripada biasa. Biasanya akan berlaku ketika anda dalam keadaan yang sangat haus.

young woman drinking with waterglass

6. Kulit Kurang Kenyal

Cuba cubit bahagian lengan anda, kemudian perhatikan. Kalau nampak kurang kenyal atau lambat kembali kepada bentuk asal, itu bermakna anda mengalami dehidrasi, iaitu kurang air dalam badan. Segera dapatkan air dan minum!

7. Panas Dalam Badan

Pernah anda rasa tiba-tiba panas semacam, tapi badan tak berpeluh pun? JIka pernah, itu petanda badan anda kurang air. Apabila badan kurang air, suhu badan anda akan meningkat. Jangan selalu amalkan perkara ini, takut sistem organ terjejas.

8. Air Mata Kering

Aduh! Asal bahang sangat kat mata ni? Pernah rasa tak? itu bermakna mata anda tidak lagi mengeluarkan air mata yang bertujuan mencuci dan melembapkan mata, disebabkan kurang air. Mata akan jadi kemerah-merahan dan kering.

9. Jantung Berdebar-Debar

Aliran darah boleh berkurangan disebabkan oleh dehidrasi. Ini akan menyebabkan akan berdebar-debar secara tiba-tiba disebabkan oleh perjalanan sistem badan yang tidak baik.

10. Pening

Dehidrasi boleh menyebabkan anda pening atau pengsan. Biasanya terjadi ketika anda bangun dengan cepat daripada posisi duduk atau tidur.

Woman Drinking Water

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/