10 Sunnah Berkasih Sayang

sunnah
sunnah

sunnah

Sesungguhnya sejak 14 abad yang lalu Rasulullah SAW telah memberikan banyak contoh atau sunnah yang romantis untuk kita di dalam hidup berkasih sayang bersama pasangan suami isteri. Dan itulah sunnah yang patut kita ikuti dalam hidup berkasih sayang untuk mengecapi apa itu nikmat kebahagiaan sebenar. Nilai berkasih sayang ini amat tinggi nilainya tak terbanding dengan kuasa wang ringgit dan ia tidak boleh dibeli.

Oleh itu marilah kita contohi 10 sunnah pasangan berkasih sayang seperti yang ingin admin paparkan dibawah ini :

1. Jalan Berpegangan Tangan

Sunnah berkasih sayang yang pertama jangan malu berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun anak dah ramai tapi ia bukannya alasan untuk kita malu. Ini penting bagi pasangan kita untuk menunjukkan kasih sayangnya tetap sama macam baru mula-mula berkahwin dulu.

2. Memanggil Dengan Kata-Kata Mesra

Sunnah berkasih sayang kedua ialah bersikap romantis dengan memanggil pasangan dengan kata-kata yang mesra dan manja seperti darling, baby, sayang, anje dan sebagainya. Ini penting untuk memastikan  keharmonian rumah tangga terus utuh biarpun sudah lama mendirikannya.

3. Tidur Di Pangkuan Isteri

Sunnah berkasih sayang ketiga adalah bermanja dengan isteri dan jika ingin terlelap untuk sementara tidurlah di pangkuan isteri. Mengikut kajian yang dilakukan, jika suami tidur di pangkuan isteri emosinya akan stabil dan sentiasa akan tenang dan santai pemikirannya.

4. Tidur Di Dalam Satu Selimut Bersama Suami

Sunnah berkasih sayang yang keempat ialah berkongsi selimut ketika tidur dapat mengeratkan lagi hubungan ‘chemistry’ antara pasangan. Ini kerana hidup sebagai suami isteri perkongsian adalah salah satu mengelakkan kita daripada menyimpan rahsia dan bersikap jujur dengan pasangan.

5. Memakai Wangi-Wangian

Sunnah berkasih sayang yang kelima adalah dengan memakai wangi-wangian ketika di rumah dengan niat untuk menambat hati suami yang baru pulang dari kerja. Dengan aroma wangian yang dipakai tadi dapat menghilangkan stress suami yang seharian bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

6. Mandi Bersama Isteri

Sunnah berkasih sayang yang keenam ialah dengan mandi bersama isteri sekurang-kurangnya seminggu sekali.

7. Menyikat Rambut Suami

Sunnah berkasih sayang ketujuh adalah dengan menyikat rambut suami setiap kali selepas suami mandi dan bersiap-siap pergi ke tempat kerja. Kemaskan pakaian, tali leher dan beri ciuman kasih sayang sebelum suami keluar dari rumah.

8. Membantu Isteri Di Dapur

Sunnah berkasih sayang kelapan adalah dengan menolong isteri di dapur dan ringankan tulang dengan membantu isteri memasak. Isteri akan merasa bangga, dihargai dan berterima kasih dengan bantuan daripada suaminya.

9. Minum Menggunakan Bekas Cawan Isteri

Sunnah berkasih sayang yang kesembilan gunakan cawan dan tempat yang sama digunakan oleh isteri untuk minum.

10. Membelai Isteri

Sunnah berkasih sayang yang terakhir sentiasa membelai isteri tanpa mengira masa dan bukan ketika melakukan hubungan kelamin sahaja. Ini penting bagi memastikan isteri sentiasa merasakan dirinya dihargai dan bahagia di samping suami yang romantis.

” Dan di antara manusia ada orang-orang

yang menyambah selain Allah, mereka

mencintainya sebagaimana mereka

mencintai Allah. Adapun orang-orang yang

beriman amat sangat cintanya kepada Allah.

Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat

zalim itu mengetahui ketika mereka melihat

seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu

kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah

amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal). ”

(Surah Al-Baqarah 2:165)

Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/