10 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang
Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Sakit buah pinggang adalah sakit yang sangat merbahaya kepada kesihatan manusia. Ini kerana buah pinggang yang gagal berfungsi akan menyebabkan seseorang itu mendapatkan rawatan dialisis. Tidak hairanlah jika dikatakan permintaan organ buah pinggang ini di pasaran gelap sangat tinggi dan dijual dengan harga yang sangat mahal.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai sakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda sakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai atau sedang mengalami sakit buah pinggang?

Untuk mengetahuinya mari kita lihat 10 tanda awal sakit buah pinggang yang ingin admin kongsikan di bawah.

1. Kerap berasa pening kepala.

Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

2. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah

Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

3. Kesukaran untuk bernafas

Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal sakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

4. Berasa sejuk sepanjang masa

Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

5. Mengalami loya dan muntah-muntah

Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

6. Kekerapan pembuangan air kencing

Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

7. Mengalami keletihan yang melampau

Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

8. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan

Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.

9. Mengalami kegatalan yang teruk

Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

10. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda

Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/