10 Tanda Hiperseks

Tanda Hiperseks
Tanda Hiperseks

Tanda Hiperseks

Hiperseks adalah obsesi yang berlebihan terhadap seks yang mendatangkan banyak keburukan kepada si penderita juga bagi orang lain. Punca pesakit bertindak agresif terhadap orang awam, kerana tiada pasangan untuk melakuan hubungan intim sehingga pesakit melakukan kes jenayah seperti rogol, mencuri pakaian dalam, dan mengintai orang mandi, bahkan ada yang sanggup merogol binatang.

Sangat jarang bagi pesakit hiperseks untuk datang memeriksa kesihatan dan berjumpa doktor,biasanya mereka akan berubat sekiranya mendapat dorongan dari pasangan atau keluarga. Menurut pakar, hiperseks di sebut juga gangguan seksual atau perilaku seks kompulsif di mana pesakit tidak kira lelaki atau perempuan akan memiliki obsesi berlebih dan imaginasi dan perasaan terhadap seks melampau hingga mengganggu kehidupan dan kesihatan.

Berikut adalah 10 tanda tanda seseorang mengalami hiperseks.

1. Curang

Berlaku curang atau memiliki seseorang yang melayani nafsunya di luar nikah.

2. Terlalu Obses

Seks yang tidak dapat dikendalikan atau hilang kawalan kerana terlalu obses.

3. Gemar Onani

Gemar melakukan onani atau masturbasi berlebihan.

4. Objek Seks

Menganggap pasangan sebagai objek seks (pelampiasan nafsu)

5. Tidak Puas

Tidak puas dan setia, suka berganti pasangan

6. Seks Ganas

Melakukan gaya seks yang tidak normal dan ganas

7. Merogol

Melakukan aktiviti seks yang berisiko tanpa peduli orang lain (merogol kanak-kanak)

8. Laman Web Lucah

Gemar membuka laman web lucah atau porno

9. Keluar Dari Masalah

Menjadikan seks sebagai pelepas terhadap masalah yang di hadapi seperti kesepian.

10. Kesihatan Terjejas Akibat Seks

Melakukan seks hingga mengganggu kehidupan kesihatan dan pekerjaan.

Kesimpulannya

Jika anda memiliki 3 paling sedikit antara 10 tanda penderita hiperseks yang di sebut, mohon buat pemeriksaan diri ke doktor pakar. Ingat penyakit hiperseks adalah penyakit yang datang secara perlahan dan sukar untuk di sembuhkan apabila sudah terlalu parah.

Beberapa pakar mengatakan hiperseks juga disebabkan oleh trauma seksual masa lalu seperti pernah mengalami pelecehan seksual atau hidup dalam keluarga yang memiliki masalah dengan seks. Manakala pasangan suami isteri yang sama-sama memiliki ghairah seks tinggi tentu memiliki daya bercinta yang tinggi, tapi jika hanya satu yang mengalami hiperseks maka pihak lagi satu tentu akan menderita, inilah salah satu punca kes perceraian terjadi akibat tidak sanggup melayani nafsu pasangannya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/