10 Tips Atasi Keguguran

tips atasi keguguran
tips atasi keguguran

tips atasi keguguran

Apa itu keguguran? Keguguran adalah satu keadaan di mana seorang wanita yang mengandungkan janin atau bayi mengalami komplikasi atau pendarahan pada awal 3 bulan pertama. Masalah keguguran ini berlaku disebabkan 2 faktor utama iaitu kemalangan dan pemakanan.

Bagi kebanyakan wanita yang hamil untuk mencapai cukup bulan (37-40 minggu) tidak menjadi masalah. Statistik menunjukkan lebih kurang 10-15% akan mengalami keguguran dan sebahagian besar daripada mereka yang berlaku dalam 3 bulan pertama.  Keguguran berlaku sekali pun sudah cukup untuk menyebabkan trauma mental, dan jika ia terus di berulang, ia sangat buruk padahnya dan boleh merosakkan perkahwinan anda.
Kali ini admin ingin kongsikan 11 tips utk mengatasi keguguran buat wanita yang mengandung di luar sana.
1. Banyakkan berehat, bersantai, dan untuk umat Islam perbanyakkan pengisian kerohanian dengan membaca Al Quran, berzikir dan berdoa. Positif dalam pemikiran, bagi menghilangkan segala bentuk negatif.
2. Perbetulkan kedudukan anda ketika duduk atau berbaring. Mudah ketika berbaring meniarap jika anda mempunyai rahim retroverted dan belum lagi diperbetulkan, meletakkan 2 bantal di bawah perut anda. Luangkan masa selama 10-15 minit pada kedudukan itu pada kira-kira 10-11 pagi dan pukul 3-4 petang dan setengah jam sebelum tidur.
3. Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, nescafe dan juga teh. Gantikan dengan pengambilan air kelapa kerana ianya banyak khasiat bagi ibu-ibu mengandung.
4. Jauhkan diri atau elakkan dari menyembur racun serangga atau semburan pewangi atau kimia. Ini kerana bahan-bahan yang terdapat di dalam semburan tersebut mempunyai bahan yang boleh membawa kepada alahan yang sangat kronik dan boleh menyebabkan keguguran.
5. Rehat yang cukup adalah amat penting bagi ibu mengandung. Kurangkan aktiviti-aktiviti fizikal dan mental. Kurangkan berfikir bagi mengelakkan kerunsingan.
6. Jumpa pakar gyne anda dengan seberapa segera apabila anda terlambat datang haid , buat ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan.
7. Menahan diri daripada hubungan seksual sehingga mendapat nasihat daripada doktor anda.
8. Salah satu faktor yang menyebabkan awal keguguran kekurangan hormon progesteron. Doktor akan memberi pesakit yang berulang kali keguguran, hormon progesteron dalam bentuk suntikan atau tablet dalam 3 bulan pertama kehamilan.
9. Amalkan pemakanan suplemen yang dicadangkan oleh doktor seperti obimin, asid folik, Vit C 1gm dan Vit E 400-800 IU setiap hari.
10. Jintan Hitam (habbatus Sauda) membantu meningkatkan imun dalam badan, antioksidan yang diperolehi daripada ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran. Livovid iaitu sejenis suplemen untuk membersihkan toksin dalam badan.
Kesimpulannya, masalah keguguran boleh diatasi sekiranya ibu-ibu mengandung mengambil langkah berjaga-jaga di dalam membuat sesuatu kerja fizikal. Makan makanan yang berkhasiat untuk menyokong kekuatan dan kedudukan janin di dalam rahim.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/