10 Tips Bercinta Dengan Selebriti

Cinta Selebriti Mia Ahmad & Izham Tarmizi
Cinta Selebriti Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Cinta Selebriti Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Bercinta dan berkahwin dengan selebriti adalah perkara yang sering berlaku di dalam masyarakat kita. Biasanya selebriti memilih pasangan hidup di kalangan orang biasa kerana tidak mahu terlalu banyak publisiti sehingga tiada privasi di dalam melakukan aktiviti harian. Saat lensa kamera tabloid, portal dan majalah hiburan tertumpu pada anda tiada apa lagi yang mampu dilakukan selain berhadapan dengan situasi tersebut.

Apa lagi jika pasangan anda adalah selebriti popular. Selebriti yang dimaksudkan bukan hanya artis, pelakon atau penyanyi yang terlibat di dalam bidang seni sahaja tetapi ahli-ahli sukan yang popular seperti pemain bola sepak pasukan JDT yang bergaji lumayan juga dianggap sebagai seorang selebriti.

Ia mungkin sekadar hubungan teman biasa namun percayalah sekali anda dilihat berdua bersama selebriti popular, mahu atau tidak anda pasti akan terkena tempias gosip buta portal atau tabloid hiburan. Contoh gosip yang terbaru percintaan di antara pelakon Mia Ahmad dan Penjaga Gol JDT Izham Tarmizi.

Cinta Selebriti Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Mari admin ingin berkongsi 10 tips sekiranya anda sedang bercinta atau bakal berkahwin dengan selebriti.

1. Laman Sosial

Menyedari pasangan anda adalah seorang selebriti yang dikenali, elak daripada berhubung melalui laman sosial. Ini kerana apa yang anda ‘tweet’ atau apa saja pesanan yang anda kirim di laman facebook membolehkan ramai orang membacanya. Jadi, adalah lebih baik jika ia dilakukan secara lebih personal melalui sms atau panggilan telefon.

2. Merendah Diri

Elak membawa imej selebriti dalam diri anda dengan merendah diri. Jadi diri sendiri dan ingat bahawa selebriti sebenar adalah pasangan anda. Jangan terbawa-bawa aura selebriti yang ada dengan menunjuk-nunjuk atau dalam erti kata lain ‘show-off’ hanya kerana anda berkasih bersama selebriti.

3. Memahami

Memahami kehendak karier pasangan adalah amat penting terutama jika pasangan anda seorang pelakon yang memperuntukkan masa yang lama di lokasi. Dalam hal ini, pembahagian masa yang tepat untuk bersama adalah penting agar tidak wujud konflik berlaku.

4. Kepercayaan

Kepercayaan penting dalam mana-mana perhubungan. Dugaan akan tiba dan anda harus bijak menangani biar apapun perihal yang datang. Gosip liar pasti akan terkena pada mana-mana selebriti pun. Jadi sematkan kepercayaan yang tinggi serta elak daripada terpengaruh dengan gosip-gosip ringan yang hanya akan memburukkan perhubungan.

5. Jadi Pendengar Yang Baik

Kehidupan sebagai selebriti boleh disamakan dengan pepatah Inggeris ‘larger than life’, namun ingat selebriti juga manusia biasa yang memerlukan masa-masa peribadi. Jadi sebagai pasangan, ini masanya untuk anda memberi ruang dan menjadi pendengar yang baik serta berkongsi cerita sejujurnya.

6. Kejutan Budaya

Untuk bercinta dengan selebriti pasti ada harga yang perlu dibayar dengan pengorbanan dan kejutan budaya (culture shock). Selain masa anda juga harus lebih terbuka dengan kehidupan selebriti yang sentiasa dikejar cerita-cerita peribadi. Jika anda tidak selesa diburu wartawan, maka eloklah jika dari awal anda tidak menonjolkan diri bersama pasangan di khalayak ramai atau mengiringi mereka di majlis-majlis glamor.

7. Jaga Etika

Jaga etika anda sebagai pasangan. Elak daripada membuat kenyataan kepada pihak media tanpa pengetahuan pasangan. Bukan apa takut perihal ini akan menimbulkan konflik yang mampu mengeruhkan perhubungan yang dijalin

8. Janji Temu

Pilih tempat yang lebih privasi kala mahu membuat janji temu. Lokasi tidak semestinya di hotel mewah cukup sekadar restoran eksklusif yang mana kurang potensi untuk anda dan pasangan diperhatikan dari jauh atau diganggu ketika sedang bersama.

9. Layanan

Elak bercerita tentang kerja ketika bersama. Bukan apa, bukankah lebih baik masa yang ada difokuskan kepada perhubungan anda berdua? Ingat, kala anda bersama pasangan elak melayan mereka sebagai selebriti tapi berilah layanan seperti mana yang diamalkan pasangan kekasih lain.

10. Berbincang

Mungkin akan wujud momen di mana anda mahukan kesahihan tentang berita kurang senang yang tersebar. Jangan membuat penilaian awal, seeloknya bincang atau ajukan kemusykilan tersebut ketika pertemuan anda bersama pasangan tanpa prejudis.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/