10 Tips Dekorasi Kediaman

Dekorasi Kediaman
Dekorasi Kediaman

Dekorasi Kediaman

Membuat dekorasi kediaman bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia memerlukan kreativiti dan idea-idea hebat bagi memastikan kepuasan pelanggan untuk meet dia punya expectation. Jika anda seorang yang kreatif, untuk membuat dekorasi kediaman sudah pastinya tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak.

Tatkala tiba bulan puasa, banyak perkara yang difikirkan untuk diselesaikan sebelum menjelang lebaran. Sesetengah orang perlukan baju baru buat menyambut hari raya, sesetengah orang pula sanggup berhabisan dalam mengubah suai dekorasi kediaman. Bagaimana pula dengan anda, adakah anda sudah berpuas hati dengan dekorasi di dalam rumah anda sendiri? Atau anda sedang memikirkan untuk membuat dekorasi menggunakan bajet rendah dan idea anda sendiri

Mari ikuti 10 tips atau panduan dekorasi idaman yang bernas dalam menghias kediaman agar tidak terlalu serabut atau melebih-lebih bila tiba lebaran nanti.

1. Jangan Letak Barangan Kaca Di Tempat Yang Rendah Dan Mudah Dicapai

Jika boleh usah letakkan barang perhiasan rumah seperti pasu kaca, bingkai gambar di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak kecil. Tahu-tahu sajalah apabila hari raya, tetamunya terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

2. Set Pinggan Mangkuk

Sediakan set pinggan mangkuk dalam rona yang sama atau senada kala menjamu tetamu. Hidangan raya anda juga tampak lebih menyelerakan.

3. Pencahayaan

Usah lupa pada soal pencahayaan. Ia adalah elemen penting menghidupkan dekorasi.

4. Lilin Beraroma.

Pasangkan lilin beraroma untuk membangkitkan mood yang segar.

5. Kebersihan Dan Habuk

Kebersihan adalah perkara penting. Tiada guna anda menghias kediaman dengan perabot yang cantik dan mewah jika setiap sudut berhabuk juga lantai tidak di mop dengan bersih.

6. Tukar Kedudukan Asal

LakukanĀ revampĀ dekorasi rumah dengan menukar kedudukan asal perabot di tempat dan sudut yang bagus. Ini adalah cara paling mudah dan cepat menghidupkan wajah kediaman.

7. Gubahan Bunga

Gubahan bunga memberi sentuhan lembut pada tata gaya dekorasi. Gunakan bunga segar jika mahu.

8. Warna Sedondon

Elakkan menghiasi kediaman dalam warna sedondon dengan baju raya anda sekeluarga, iaitu bagi anda yang bercadang mahu menggayakan baju raya warna sama.

9. Warna Pastel

Pilihan warna pastel masih lagi pilihan rona terbaik untuk kediaman. Ronanya lembut dan menenangkan.

10. Menyapu Varnis

Tidak semestinya anda perlu membeli perabot baru, ada kalanya hanya dengan sedikit sentuhan pada perabot lama dapat mengubah wajah perabot sedia ada, bagaikan perabot baru. Misalnya menukar warna atau menyapu varnis pada perabot kayu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/