10 Tips Elak Suami Isteri Bergaduh

doa elak suami isteri bergaduh
doa elak suami isteri bergaduh

doa elak suami isteri bergaduh

Sudah menjadi lumrah dalam dunia rumahtangga pasangan suami isteri pasti akan berlaku pertengkaran atau bergaduh akibat salah faham dan masalah baik kecil mahu pun yang besar.

Di sini kami ingin berkongsi tips bagaimana untuk mengelakkan suami isteri bergaduh.

Semoga ianya dapat memberi sedikit manfaat.

1. Tahan Diri Dari Melakukan Kejahatan

Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rasuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu kehidupan suami isteri yang akan bergaduh sekaligus menjejaskan kebahagiaan rumahtangga anda.

2. Beri Layanan Sama Rata

Berbuat baik dan beri layanan sama rata dengan keluarga belah mertua anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat dalam menjadi orang tengah atau pendamai bila anda bergaduh.

3. Buat Kejutan

Sentiasa ingat tarikh penting dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, buatlah kejutan (surprise) dan sambutlah ia dengan pasangan anda.

4. Sentiasa Puji Pasangan

Suami isteri hendaklah sentiasa puji dan beri galakkan antara satu sama lain. Apabila dia berbuat sesuatu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, jangan ajak bergaduh sebaliknya beri tunjuk ajar, nasihat dan dorongan agar kesilapan yang sama tidak berulang.

5.Terus-Terang Dalam Komunikasi

Selalunya suami isteri bergaduh atau perselisihan faham terjadi kerana masalah komunikasi. Untuk itu, anda perlu terlebih dahulu berterus-terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus-terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian. Lebih penting untuk berterus-terang untuk elakkan bergaduh kerana ia membantu untuk melihat masalah yang sebenar untuk diselesaikan bersama-sama.

6. Buat Dan Rancang Bajet Perbelanjaan

Suami isteri harus kawal dan urus perbelanjaan dalam rumahtangga anda secara berhemah dan bijak bersama-sama. Jika pengurusan wang keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar.

7. Buat Kerja Sama-Sama

Suami isteri haruslah sentiasa berkongsi tanggungjawab. Suami isteri perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda. Sikap toleransi penting dalam hubungan suami isteri.

8. Cinta Sepenuh Hati

Sentiasa berikan ‘effort’ cinta sepenuh hati pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan hati yang tulus ikhlas.

9. Bertolak-Ansur

Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda.

10. Luangkan Masa Yang Berkualiti. Bukannya Kuantiti.

Suami isteri hendaklah sentiasa luangkan masa bersama-sama. Berhenti utamakan kawan-kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/