10 Tips Hilangkan Parut Muka

parut muka
parut muka

parut muka

Parut muka kesan daripada masalah jerawat batu yang sudah hilang akan meninggalkan lubang-lubang yang sememangnya amat tidak digemari oleh remaja baik lelaki mahupun perempuan. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan parut muka akibat masalah jerawat ini?

Bagi orang yang mementingkan kebersihan diri dan demi menjaga imej ketrampilan diri wajah yang bersih dari segala parut dan masalah jerawat memberikan 1001 masalah yang harus diatasi biarpun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar pergi berjumpa doktor klinik pakar. Usah panik dan bimbang akan cara untuk mengatasinya kerana ada cara yang lebih murah, mudah dan berkesan boleh dipraktikkan di rumah bagi menghilangkan parut muka.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 10 tips hilangkan parut muka yang boleh diamalkan sekiranya anda menghadapi masalah muka berparut ini.

1. Vitamin E

Pengambilan vitamin E adalah cara yang paling mudah untuk hilangkan parut muka. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.

Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.

2. Air Tebu

Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon yang berfungsi menghilangkan parut muka dengan cara menghapuskan sel-sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru.

Caranya: Campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

3. Bedak Sejuk

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka dan menghilangkan parut muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora atau liang roma pada wajah yang menjadi dua punca utama jerawat.

Caranya: Tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkannya setiap hari untuk hilangkan parut muka.

4. Ubi Kentang

Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain menghilangkan parut muka, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Caranya: Hiris kentang nipis-nipis dan tepekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

5. Buah Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurang dan menghilangkan parut muka akibat daripada masalah jerawat.

Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari untuk dapatkan kesan dan hasil yang terbaik.

6. Aloe Vera Atau Daun Lidah Buaya

Daun lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut muka secara beransur-ansur. Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Gel daun lidah buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.

Caranya: Patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

7. Baking Soda

Baking soda atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut muka akibat jerawat. Dan khasiatnya ia boleh menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut. Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

8. Minyak Kelapa Dara

Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.

Caranya: Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut muka akibat jerawat. Jika anda berasa rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa

9. Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua bahan yang terkandung di dalam timun adalah yang terbaik untuk kulit anda.

Caranya: Hiris timun segar, dan tepekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut muka hilang.

10. Madu

Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dicampur dengan bahan pengawet untuk tahan lebih lama dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua hilangkan parut muka ini tidak akan menjadi.

Caranya: Madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/