10 Tips Jadi Pelajar Hebat

Pelajar Hebat Dan Cemerlang
Pelajar Hebat Dan Cemerlang

Pelajar Hebat Dan Cemerlang

Bagaimana caranya untuk jadi seorang pelajar hebat? Pelajar yang hebat bukan sahaja pandai dari segi akademiknya tetapi sentiasa bergiat aktif bersukan dan berpersatuan. Dengan bergiat aktif anda akan mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi seorang pelajar hebat yang cemerlang dari segi akademik dan ko-korikulum.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 10 tips jadi pelajar hebat yang boleh dijadikan panduan oleh para pelajar di dalam menjalani kehidupan di sekolah, kolej dan universiti. Mari lihat tips dibawah untuk dipratikkan :

1. Belajar Hormat Orang
Untuk menjadi pelajar hebat jangan kurang ajar. Jangan maki hamun guru dan kutuk-kutuk dan gelakkan orang lain. Cermin diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain dan guru cermin diri. CGPA tinggi pun kalau biadap dan takde akhlak, tiada gunanya.

Jangan sombong pasal rasa kita anak orang kaya. Some students are so poor that they have nothing except money. Jangan jadi begitu.

Pelajar yang layan guru macam sampah, pelajar tu sendiri jadi sampah. Usah begitu.

2. Rancang Dengan Baik
Pejam celik dah tua pastu mati. Sayangnya. Jangan begitu. Untuk jadi pelajar hebat, rancang hari anda dengan baik. Gunakan masa secara bijak. Jangan asyik main game saja. Dan jangan asyik menonton saja. Kena ada keseimbangan.

If you fail to plan, you plan to fail.

3. Network
Pelajar yang nak pergi jauh patut ada kemahiran bersosial. Belajar cara komunikasi yang betul dan cara berurusan dengan orang. Belajar speaking sikit. Jangan segan bila orang gelak.

4. Jangan Asyik Nak Study
Kalau hidup habis dekat library, asyik menyendiri baca buku sorang-sorang, tak berkawan dan tak bertegur sapa, itu satu hidup yang sedih dan bosan.

Untuk jadi seorang pelajar hebat kena aktif bersukan. Main badminton, main bola, jogging dan sebagainya. Hidup kena ada balance. Satu pembaziran usia sekiranya zaman universiti dihabiskan dengan menghafal buku teks semata-mata.

5. Fahami Skema Pemarkahan
Kena faham. Lain subjek lain gaya dan stail pemarkahan. Fahami juga perangai dan style guru yang tanda paper tu.

6. Markah Hanya Angka
Belajar rajin dan beri yang terbaik. Abaikan markah. Apa yang anda dapat selepas berusaha bersungguh-sungguh, tuhan yang bagi. Kena redha. Asalkan dah usaha, guru sentiasa bangga dengan anda.

7. Sedar Diri
Kenali diri anda. Lain orang lain waktu dan cara fokusnya. Check balik waktu yang anda dapat konsentrasi lebih.

8. Bagi Penuh Perhatian
Kalau nak tidur, tidur kat hostel jelah. Dah datang kelas tu bagilah sepenuh perhatian. Pupuk minat suka ilmu. Supaya tak bosan, participate. Angkat tangan dan tanya soalan. Berborak dengan guru waktu tutorial. 2 ways communication baru tak bosan.

9. Be Prepared
Untuk jadi pelajar hebat selalu kena datang dan bersedia. Baru seronok belajar. Jangan buat kerja rumah lekeh-lekeh.

10. Study Smart & Hard
Jangan study cara orang malas. Dua jam belek buku teks sambil baring atas katil ialah cara orang malas dan bukan cara pelajar yang hebat. Dan bosan. Bukan masuk pun.

Lebih baik study sekitar 20 minit ke setengah jam tapi secara aktif dan bijak. Buat nota ringkas, belek soalan exams tahun dulu dan sebagainya.

Jangan belajar dalam kelas. Sebelum masuk kelas, belajar dan baca topik tu siap-siap. Belajar dan kerja rajin tak cukup.

Orang paling rajin, gajinya paling sikit. Orang paling rajin ialah buruh dan maid. Gaji mereka paling sikit sedangkan kerja letih dan banyak. Kena study smart and hard.

Kesimpulan

Selain 10 tips di atas, untuk menjadi seorang pelajar yang hebat dan cemerlang restu kedua ibu bapa adalah paling utama selain tidak meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa agar diberikan kepandaian dan ilham untuk menjawab peperiksaan. Tanpa menjaga hubungan yang baik dengan Sang Pencipta dan kedua ibu bapa pastinya untuk seorang pelajar itu mendapat keputusan yang baik atau berjaya dalam hidup ibarat seperti hanya mengejar kejayaan di dunia sahaja manakala kejayaan di akhirat diabaikan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/