10 Tips Jimat Wang

Young woman with jar of coins
Tips Jimat Wang

Tips Jimat Wang

Tips jimat wang dapat membantu anda menggunakan wang simpanan ketika di dalam kecemasan dan jika ada berlaku apa-apa di luar dugaan yang memerlukan anda mengeluarkan simpanan wang yang banyak dan cepat seperti menolong ahli keluarga yang lain yang sedang di dalam kesusahan dan juga untuk kegunaan diri sendiri.

Sukar mengekang tabiat belanja boros anda? Dengan pelbagai tawaran yang dipamerkan, memang sukar untuk anda jimat wang dan tidak rasa tertarik untuk membeli sesuatu walaupun tidak tersenarai dalam keperluan harian anda. Jika anda berterusan begini tanpa mempunyai perancangan kewangan yang baik, ini pasti akan membuat anda menyesal di usia emas.

Jom mari cuba 10 tips jimat wang yang admin PB kumpulkan supaya anda boleh menguruskan kewangan dengan lebih berhemah.

1. Elak Pergi Pusat Beli Belah

Untuk jimat wang anda, elak berkunjung ke tempat sepeti pusat beli belah yang punyai kebarangkalian anda akan mula berbelanja tanpa sedar terutama ketika bosan, sedih atau sangat gembira.

2. Jangan Layari Web Online Shopping

Tak usah ringan tangan untuk melayari laman web online shopping sebaliknya layari laman web yang dapat menyemarakkan hobi baru, mungkin ia boleh menjana pendapatan sekiranya hobi seperti memasak atau membuat kraf dalam minat anda.

3. Batal Langganan Katalog Beli Belah

Berhenti dan batalkan menerima katalog beli belah yang dihantar melalui mel ataupun notifikasi tawaran dari gedung beli-belah di telefon bimbit anda sekaligus ia akan menolong anda jimat wang jika anda tidak diganggu dengan tawaran jualan murah dari pihak pasaraya dan pusat beli belah.

4. Percutian

Jimat wang dengan cara menyimpan dan tetapkan matlamat seperti pergi bercuti hujung tahun bersama tersayang. Jadi setiap kali anda di kedai dan punyai keinginan untuk membeli sesuatu yang tidak perlu, anda pasti akan fikirkan untuk simpan wang tersebut untuk percutian itu.

5. Asingkan Simpanan

Cuba asingkan wang belanja yang diperuntukkan untuk perbelanjaan harian dan juga wang simpanan. Masukkan dalam sampul surat untuk belian runcit, bil dan keperluan peribadi. Jika masih ada lebih dalam sampul barulah anda boleh membeli sesuatu ekstra yang diingini.

6. Jangan Bawa Duit Banyak

Jimat wang dengan cara bawa duit secukupnya ketika memberi barang keperluan harian. Jika bawa lebih, kebarangkalian anda akan membelanjakannya.

7. Lapar

Elak berkunjung ke pasaraya dalam keadaan lapar kerana ia akan mendorong anda membeli lebih barang makanan dari sepatutnya.

8. Bawa Senarai Barang

Untuk jimat wang, bawa senarai barang yang ingin dibeli termasuk anggaran kira-kira yang telah dibuat secara kasar, selain memastikan anda tidak lupa ia juga memastikan anda tidak “lari” dari barang yang diperlukan sahaja.

9. Menabung

Jimat wang dengan cara menabung duit syiling. Lakukan sebaik saja anda sampai rumah dengan mengosongkan tas. Lama kelamaan ia akan banyak dan boleh mencecah ratusan ringgit untuk dibelanjakan.

10. Belian Berkualiti

Belian berkualiti sebenarnya lebih menjimatkan anda untuk jangka masa panjang. Jadi jangan kedekut untuk memilih belian atau khidmat yang bagus daripada menyesal kemudian nanti.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/