10 Tips Melancong

Pergi Melancong
Pergi Melancong

Pergi Melancong

Pergi melancong ke luar negara memang amat menyeronokkan dan dapat merehatkan minda kita disamping menambah pengalaman dan ilmu. Namun, mesti kita tidak mahu percutian atau aktiviti melancong ini mengalami masalah dan menambah kekusutan fikiran yang sepatutnya digunakan untuk beristirehat.

Admin ingin berkongsi 10 tips pergi melancong yang boleh anda praktikkan.

1. Berehat

Anda mesti tidak suka percutian atau aktiviti melancong anda dipenuhi dengan rasa penat dan tidak cukup tidur. Percutian semestinya untuk anda berehat dan tenangkan minda. Jadi, dapatkan rehat yang cukup untuk menghilangkan jet-lag sebaik tiba di destinasi bagi yang merentas zon masa berbeza.

2. Pejabat Kedutaan Malaysia

Ia sangat serius ketika anda pergi melancong untuk saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan sekiranya anda ditimpa sesuatu musibah di luar negara. Jangan fikir anda berada di negara yang selamat tidak akan ada masalah berlaku kepada anda. Layari dan buat research, catat alamat pejabat kedutaan Malaysia berada dan simpan di tempat yang selamat.

3. Travel Kit Penyelamat

Gunakan travel kit untuk bawa bahan-bahan cecair seperti syampu, sabun mandi dan pencuci muka bersaiz mini ketika pergi melancong. Semestinya anda tidak mahu barang-barang keperluan anda dihalang masuk pesawat ketika pemeriksaan beg di kaunter pelepasan lapangan terbang. Ia juga dapat menjimatkan ruang beg anda.

4. Simpan Dokumen Perjalanan

Semestinya kita akan rasa serabut apabila perlu mencari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen perjalanan dan pasport ketika check-in di lapangan terbang. Jadi, simpanlah semua dokumen penting di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah ketika pergi melancong.

5. Gambar Pemandangan

Selfie? Tidak salah untuk kita selfie ketika sedang melancong. Tetapi ruginya kalau kita tidak mengambil gambar pemandangan indah dan bangunan-bangunan lama bersejarah di tempat kita pergi untuk kenangan.

6. Simpan Duit Kecemasan

Pastikan anda sentiasa menyimpan duit kecemasan di tempat yang tersorok di dalam bagasi untuk keselamatan anda sekiranya anda ditimpa masalah kecurian atau tercicir beg duit atau wallet. Sekurang-kurangnya anda masih ada duit spare untuk digunakan untuk dapatkan bantuan dan pergi membuat laporan di balai polis.

7. Simpan Beg Plastik

Tentunya anda tidak mahu pakaian berbau stokin atau hapak kerana bercampur dengan pakaian basah atau yang sudah dipakai. Pastikan simpan beg plastik dalam bagasi untuk asingkan barangan peribadi.

8. Wrap Beg Pakaian

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kes penyeludupan dadah secara sembunyi melalui orang awam tanpa disedari oleh mangsa? Gunakan servis pembalutan beg dengan tape atau wrap plastik di lapangan terbang kerana ia penting untuk keselamatan beg anda dari sebarang kecurian dan sebarang sindiket penyeludupan yang boleh melibatkan anda ketika pergi melancong.

9. Bawa Hard Copy Peta 

Sememangnya kita tahu bahawa dunia hari ini canggih dengan teknologi moden yang mampu membawa kita ke mana sahaja yang kita ingin tuju. Tetapi, lebih baik jika anda gunakan peta yang mungkin orang kata old-skool daripada habiskan bateri telefon pintar anda yang lebih penting untuk masa yang diperlukan.

10. Pastikan Kad Bank Aktif

Sukarnya apabila kita menghadapi masalah dengan kad bank atau kad kredit ketika sedang bercuti  atau melancong apatah lagi di luar negara. Jadi, pastikan dahulu kad bank atau kad kredit anda diaktifkan sebelum pergi melancong. Telefon bank untuk pastikan sekiranya anda membuatnya melalui mesin ATM atau online.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/