10 Tips Menyayangi Suami

10 Tips Menyayangi Suami

10 Tips Menyayangi Suami

Menyayangi suami adalah amalan terpuji dan amat dituntut oleh Islam untuk para isteri lakukan supaya kehidupan berumahtangga menjadi semakin bahagia. Sehubungan dengan itu, admin ingin berikan 1o tips sebagai panduan yang boleh dilakukan oleh isteri untuk menyemarakkan lagi kasih dan sayang dalam menyayangi suami anda sepanjang masa.

1. Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

2. Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang dan selesa apabila menatap wajahmu.

3. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.

4. Jagalah waktu makannya dan waktu beristirehat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.

5. Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

6. Sentiasalah memelihara maruah diri, keluarga dan kehormatannya.

7. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

8. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik.

9. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

10. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan tempat yang menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.

sayang suami

P/S : Wanita semakin ghairah dengan produk kecantikan, tetapi adakah benar kecantikannya adalah untuk suami? KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/