10 Tips Nak Jadi Kaya

kaya pahala
orang kaya

orang kaya

Ramai orang yang hidup pada zaman sekarang inginkan sesuatu yang boleh membuatkan dirinya kaya. Kaya bermaksud hidup bebas dari belenggu kemiskinan dan hutang. Namun mind set yang ada hanyalah memandang kaya ini untuk hal-hal yang berkaitan duniawi sahaja.

Orang yang kaya mengikut definisi ajaran Islam bukan sahaja kaya pada hartanya sahaja tetapi kaya dari segi akhlak, amal jariahnya dengan bersedekah dan berkongsi rezekinya kepada orang yang memerlukan. Orang kaya sebegini bukan sahaja mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT malah Allah akan melipat gandakan rezekinya dengan melimpah ruah.

Anda nak merasa jadi orang kaya ? Boleh cuba amalkan 10 tips simple nak jadi kaya seperti yang kat bawah ni :

1. Jangan Ambil Baki
Lepas makan kat restoran atau gerai makan, tinggalkan sahaja duit baki yang seringgit dua tu sebagai tips kepada mereka yang serve kita. Tak luak pun duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Beri Duit Tip Atau Token
Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat seperti itu.
sedekah
3. Sumbang Pada Tabung Surau Atau Masjid
Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid, jangan lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR untuk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Berbelanja Di Pasar Tani
Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco atau Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual atau petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Belikan Anak Mainan Di Pasar Malam
Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Genapkan Tambang
Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat untuk bersedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi. Tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang.
7. Belanja Kanak-Kanak
Adakala kita tengah beratur atau queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan atau gula-gula, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8. Bayarkan Makanan
Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pun mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9. Bayarkan Makan Atau Minum Meja Sebelah
Masa kita minum di kedai kopi atau kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Buah Tangan Untuk Orang Sakit
Jika ada peluang melawat orang sakit kat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat macam tu.
kaya pahala

kaya pahala

Kesimpulan

Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN. Cubalah, admin yakin In Shaa Allah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalau anda buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima? Semoga kita sama-sama beroleh pahala dan manfaat dari apa yang kita kerjakan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/