10 Tips Pikat Gadis

Tips Pikat Gadis
Tips Pikat Gadis

Tips Pikat Gadis

Mungkin ramai lelaki di luar sana yang masih bujang sukakan cabaran pikat gadis daripada kawan-kawan. Masing-masing mempunyai cara untuk pikat gadis ada yang cuba memikat dengan cara gentleman iaitu ngurat secara berdepan. Dan ada juga yang menggunakan khidmat orang tengah seperti ‘posmen’ dengan menghantar surat atau meminta nombor telefon.

Bagi admin itu semua dah tak relevan dengan zaman yang serba canggih sekarang kerana zaman sekarang orang lelaki akan pikat gadis menggunakan teknologi dengan menjadikan laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, Telegram, Instagram dan Wechat sebagai medium untuk pikat gadis.

Gadis atau wanita sukakan lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati gadis, kebersihan dan kekemasan perlu diambil kira. Jika anda ingin tahu rahsianya, ikuti 10 tips pikat gadis dibawah ini.

1. Padanan Tali Pinggang Dan Kasut

Ramai yang kurang arif tentang hal yang mudah ini. Disebabkan masalah ini yang menyebabkan anda menjadi bahan bualan gadis-gadis di luar sana. Jika anda memakai kasut hitam, elak memakai tali pinggang coklat. Permainan warna membantu anda menjadi lebih baik dalam berfesyen untuk pikat gadis.

2. Minyak Wangi

Tidak mengapa jika anda bukan penggemar minyak wangi. Sekurang-kurangnya, haruman perlu ada pada diri anda walaupun sekadar deodoran, bedak, cologne mahupun losyen. Minyak wangi merupakan senjata dan mempunyai daya penarik yang kuat untuk anda pikat gadis diluar sana.

3. Basuh Wajah Setiap Hari

Lebih baik mengaku jika anda tergolong orang yang menggunakan sabun mandi untuk membasuh muka. Kebanyakan sabun badan mempunyai bahan yang kuat untuk merosakkan kulit muka. Tentunya kulit muka lebih sensitif daripada kulit badan. Memang tidak sesuai melainkan anda mahu wajah berkerak.

4. Berdiri Tegak

Postur badan sangat penting untuk menunjukkan personaliti diri. Berjalan dengan tegak bergaya membuatkan anda kelihatan yakin dan gagah di hadapan gadis-gadis di luar sana.

5. Trim Bulu Hidung

Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.

6. Kemas Bulu Kening Berselerak

Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun rapi.

7. Bulu-Bulu Halus Sekitar Telinga Dan Tengkuk

Jika anda mengunjungi kedai gunting rambut atau salon, jangan lupa minta tukang gunting rambut membersihkan bulu-bulu halus yang terdapat pada telinga dan tengkuk anda. Kita tidak mahu kelihatan seperti beruang berbulu untuk pikat gadis. Hehehe

8. Potong Kuku Pendek Dan Bersih

Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.

9. Berus Dan Flos Gigi Setiap Hari

Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi. Senyuman yang menawan dengan menampakkan baris gigi yang putih dan bersih dari lelaki adalah senjata utama untuk pikat gadis.

10. Pilih Saiz Pakaian Sesuai

Keselesaan berpakaian perlu diambil kira tetapi bukannya terus membiarkan anda memilih saiz pakaian yang besar dari tubuh badan. Penampilan terbaik adalah memilih pakaian yang bersaiz tepat pada tubuh badan. Ingat, untuk pikat gadis, mereka suka lihat lelaki yang segak dan berpakaian kemas.

Kadangkala kita lupa akan perkara asas seperti ini penting untuk penampilan dan kesihatan diri. Sudah memakai pakaian mahal dan berjenama, jalan bergaya, duduk stail macho, tetapi nafas bukan main berbau dan bulu hidung terkeluar berlumba-lumba. Kalau macam itu kesnya, memang usaha anda untuk pikat gadis akan gagal dan mereka akan menoleh tetapi kemudian akan cabut selaju-lajunya!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/