10 Tips Pujuk Pasangan Merajuk

Tips Pujuk Pasangan Merajuk
Tips Pujuk Pasangan Merajuk

Tips Pujuk Pasangan Merajuk

Bagi orang yang sedang bercinta, merajuk dan memujuk pasangan merajuk adalah sesuatu yang sangat manis dan sentiasa dinantikan. Memujuk pasangan merajuk juga sebagai satu kaedah menambah kasih sayang dan membaja cinta pasangan yang baru mengenali hati budi masing-masing. Memujuk pasangan merajuk memerlukan kemahiran tertentu. Adakalanya pelbagai cara digunakan untuk memujuk pasangan tetapi masih gagal memujuk menyebabkan, rajuk yang berpanjangan.

Bagi pasangan pengantin baru, mereka digalakkan terus memujuk pasangan merajuk supaya ia menjadi kebiasaan apabila salah seorang berkecil hati atau rasa dipinggirkan. Biasanya pasangan merajuk apabila terasa diri tidak dipedulikan, merasa cemburu, sesuatu permintaan tidak dapat ditunaikan, merasa orang lain lebih hebat dari dirinya bila pasangan memuji orang lain depan pasangan dan merajuk kerana mahukan perhatian serta banyak lagi sebab untuk merajuk.

Cubalah 10 tips untuk memujuk pasangan yang digariskan dibawah ini.

1. Give and Take

Kedua-dua suami dan isteri perlu saling pujuk memujuk antara satu sama lain. Jangan biarkan hanya satu pihak saja yang asyik memujuk, sedangkan satu pihak lagi asyik merajuk sehingga membuatkan si pemujuk rasa bosan. Perlu ada `give and take’ dalam berumahtangga dan sentiasa memeriahkan suasana perkahwinan dengan gurauan, dan kata – kata pujian untuk terus memekarkan keharmonian rumahtangga.

2. Jaga Hati Dan Perasaan Isteri

Wanita memang semulajadi ratu air mata dan suka merajuk. Adalah dinasihatkan agar suami sentiasa memahami perasaan halus seorang wanita. Untuk mencari kebahagiaan rumahtangga, apa yang isteri tidak suka sebaik-baiknya suami elakkan, umpamanya suami yang selalu keluar dengan kawan-kawan sampai lewat malam, suami yang lebihkan hobi daripada isteri, menyindir fizikal isteri dan menyakitkan hati isteri dengan gurauan melampau.

3. Fahami Hati Dan Perasaan Lelaki

Ada juga wanita yang malas melayan rajuk suami, kerana beranggapan lelaki tidak macho jika merajuk. Jangan buat andaian sendiri. Semua manusia yang hidup mahukan kasih sayang dan belaian. Adakalanya lelaki merajuk kerana ingin perhatian. Dekati suami dan sentiasa memahami jiwa mereka kerana, biasanya lelaki akan memendam rasa dan jarang luahkan apa tidak menyukai atau apabila rasa diri mereka dipinggir.

4. Jangan Merajuk Terlalu Lama

Kebiasaannya lelaki merajuknya hanya sekejap saja. Tetapi paling sukar memujuk wanita kerana emosi mereka amat tinggi dan adakalanya rajuk berhari-hari sehingga membuat suami rasa bosan untuk memujuk. Isteri dinasihatkan jangan merajuk terlalu lama, kerana sikap lelaki adakalanya malas melayan perkara yang remeh.

5. Pelukan Mesra Dan Ciuman

Biasanya sebuah ciuman dan pelukan mesra daripada pasangan boleh meredakan rasa merajuk dan ucaplah kata-kata yang manis dan pujian buat pasangan. Jika suami merajuk, isteri digalakkan memasak makanan kegemaran suami, berhias cantik untuk suami dan mendekati suami dengan penuh rasa kasih sayang.

6. Peka Dengan Perubahan Pasangan

Suami atau isteri perlu peka pada sikap pasangan. Jika kita tahu dan dapat rasa pasangan merajuk, cepat-cepat pujuk dan tanya mengapa merajuk. Jangan biarkan pasangan merajuk dalam tempuh yang lama kerana merajuk yang lama boleh menimbulkan konflik dalam diri dan menyebabkan rasa kurang senang dengan pasangan. Perkara kecil mesti diselesaikan dengan segera.

7. Sentiasa Mengalah

Apabila sudah tahu punca pasangan merajuk, beritahu perkara sebenar dengan nada yang sangat lembut dan perlu bertenang ketika memberitahu perkara sebenar. Jika pasangan memberitahu pandangan mereka, terima dengan baik dan jangan cuba berdebat atau menafikan sesuatu. Beralah dan sentiasa cuba memahami pasangan.

8. Bertolak Ansur

Mesti selalu bertolak ansur dan berkompromi. Bukan mudah untuk berkompromi tapi anda boleh cuba. Bertolak ansur dan berkompromi bukan hanya pada satu pihak saja, iaitu mereka yang memujuk saja, tetapi juga kepada yang merajuk. Mereka harus bersikap rasional dan dengar penerangan pasangan tentang sesuatu perkara yang membuat anda merajuk.

9. Minta Maaf

Apabila memujuk mesti selalu minta maaf. Adakalanya kita tidak sedar apa yang kita lakukan melukakan hati pasangan kita. Bagi yang merajuk pula mestilah cepat memaafkan dan jangan sengaja buat pasangan rasa kecewa dengan apa yang telah dia lakukan setelah berusaha memujuk dan mengaku kesilapan diri.

10. Beri Hadiah

Setiap orang pasti tahu apa kesukaan pasangan masing-masing. Pujuk mereka dengan apa yang pasangan suka. Umpamanya yang mempunyai kewangan yang lebih boleh membeli hadiah atau bagi yang kurang kemampuan beri sesuatu yang boleh melegakan perasaan yang tertekan akibat merajuk.

Kesimpulannya

Memujuk pasangan merajuk adalah satu kemahiran dalam komunikasi keluarga bagi mengeratkan kasih sayang dan melahirkan kebahagiaan rumah tangga. Memujuk pasangan merajuk dapat merawat hati yang luka, memujuk dapat mencantumkan kasih yang retak dan hati yang tercalar. Jangan rasa bosan memujuk pasangan. Lakukan sejak awal perkahwinan dan jadikan ia rutin mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sirami dan bajalah kasih sayang dalam keluarga yang bermula dengan kebahagiaan suami isteri supaya hidup akan rukun dan damai sepanjang tempoh perkahwinan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/