10 Tips Suami Layan Isteri

Tips Layan Isteri
Tips Layan Isteri

Tips Layan Isteri

Suami layan isteri bukan bermaksud suami tunduk dan mendengar cakap isteri tetapi ini adalah salah satu cara untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga yang telah lama dibina. Ramai suami tidak layan isteri sebaik mungkin menyebabkan isteri merajuk dan terasa hati kerana beranggapan dirinya tidak dihargai oleh suami.

Pastinya setiap wanita yang bergelar isteri ingin dirinya dihargai oleh suami yang menjadi belahan hati. Namun adakah pihak suami tahu cara untuk menghargai dan layan isteri mereka sebaik-baiknya. Tidak mustahil ada suami yang masih tidak tahu bagaimana mahu melakukannya atau mungkin menganggap penghargaan untuk isteri itu hanya melalui hadiah yang mahal.

Cuba anda baiki hubungan dengan 10 tips layan isteri seperti di bawah ini.

1. Jaga Silaturrahim 

Suami juga boleh menjalin silaturrahim dengan seluruh anggota keluarga dan sanak saudara isterinya. Berbuat baik, menghormati dan menjalin hubungan mesra terhadap menjadi tanda bahawa suami bukan sahaja menghargai dan layan isteri dengan baik secara tak langsung juga suami membuat perkara yang sama terhadap keluarganya juga.

2. Hargai Orang Tua

Berbakti kepada ibu bapa isteri atau mentua juga merupakan satu penghargaan suami buat isteri. Bakti suami tersebut akan membahagiakan isteri dan kedua orang tuanya.

3. Prihatin Kesihatan

Ketika isteri sakit, segeralah mencari ubat untuk meredakan kesakitannya. Selain itu jangan benarkan isteri membuat kerja rumah sepanjang diri tidak sihat.  Ia bukan saja tanda penghargaan tapi juga prihatin. Layan isteri dengan baik dan kalau boleh masakkan makanan yang isteri mahu makan seperti bubur nasi untuk orang sakit.

4. Anak

Kesibukan menguruskan pelbagai kerja rumah sekali gus mengurus anak, tentu membuatkan isteri kepenatan. Terutama jika terpaksa menguruskan anak-anak yang masih kecil, apa lagi kalau anak ramai. Suami yang membantu isteri mengurus anak, bererti dia telah mengurangkan kesibukan isteri dan membuatnya lebih tenang dalam menyelesaikan pelbagai macam kerja di rumah.

5. Bantu Kemas Rumah

Kerja rumah tangga tidak pernah habis. Suami yang baik akan layan isteri dengan cara berusaha meringankan beban isterinya dalam mengurus rumah tangga. Misalnya, membantu isteri mencuci, menjemur pakaian, mengemas rumah dan banyak lagi. Dengan demikian seorang isteri akan dihargai oleh suaminya.

6. Jaga Panggilan

Suami yang layan isteri dengan baik akan menyayangi dan mencintai isterinya, tentu tidak ragu untuk mengungkapkan rasa sayangnya. Memanggil isteri dengan panggilan manja, sayang, atau apa saja panggilan yang disukai isteri adalah contoh kasih sayang yang boleh ditunjukkan suami.

7. Layanan

Apabila suami layan isteri dengan baik dan menghargai isteri, dia akan berusaha melayan isterinya dengan lemah lembut, baik dalam sikap mahupun tutur kata. Suami begini akan berusaha menjauhi sikap kasar dan keras terhadap isteri. Meski  isteri bersalah atau mengecewakannya, dia akan menasihatinya dengan baik bukan dengan makian, bentakan, atau tamparan di wajah.

8. Kawal Emosi

Isteri yang selalu melihat senyum dan keceriaan di wajah suaminya, tentu akan lebih mudah untuk merasakan kebahagiaan. Berbeza bila suami selalu menunjukkan wajah yang masam, dia akan merasa serba salah dan tidak gembira kerana merasakan suaminya tidak bahagia bersamanya.

9. Pujian

Meskipun kelihatan remeh namun cara suami layan isteri dengan memberi pujian yang tulus dapat memberikan kesan psikologi yang sangat besar bagi seorang isteri. Kata-kata pujian boleh menambah semangat, percaya diri dan tentu saja membuat hatinya berbunga-bunga penuh bahagia. Pada dasarnya, setiap wanita  suka dengan pujian, lebih-lebih lagi kalau pujian itu datang dari mulut suami yang  sangat dicintainya.

10. Hadiah

Hadiah adalah pembawa pesan cinta, dan menjadi salah satu bentuk penghargaan suami terhadap isteri. Akan lebih berkesan, bila hadiah diberikan tanpa diberitahu terlebih dahulu. Ini akan menjadi kejutan yang membahagiakan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/