10 Tips Wanita Bekerjaya Urus Keluarga

Wanita Bekerjaya
Wanita Bekerjaya

Wanita Bekerjaya

Bulan puasa bukan alasan untuk wanita bekerjaya lepaskan tanggungjawab sebagai seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Penat dan sibuk macam mana pun, hal rumahtangga wajib berjalan ‘laju’ dan teratur seperti biasa.

Ada wanita bekerjaya, selagi rumah tidak terurus dan tersusun, perkataan R.E.H.A.T tidak pernah muncul dalam kepala. Ya, penat di pejabat belum habis, terus sambung kerja rumah. Sungguh 24 jam itu terasa padat, mencabar dan letih. Non-stop menjadi wanita bekerjaya seperti superwoman.

Jadi macam mana anda sebagai seorang wanita bekerjaya nak selarikan kerja rumah dan didikan pada anak, anda boleh ikut 10 tips dibawah ini.

1. Bahagi Masa Kalau Kerja Shift
Jika ada wanita bekerjaya yang bekerja shift, memang merungsingkan. Ini bermakna anak-anak perlu ditinggalkan tidak tentu masa. Malah ada kalanya kita perlu kerja hingga lewat malam atau seminggu penuh tanpa hari cuti. Aturkan masa dan berkomunikasi dengan suami. Bertolak ansur.

25862-mom-baby-office-home-1200.1200w.tn

2. Ketepikan Telefon Bimbit
Apabila berada di rumah setelah habis waktu kerja, elakkan bermain telefon bimbit dan kurangkan panggilan telefon untuk kerja. Tiba masanya, anda fokus melayan keluarga di rumah dan luangkan masa melihat anak-anak menyiapkan kerja sekolah.

148196779

3. Rancang Waktu Hantar Anak Dengan Adil
Jangan berat sebelah, bab ini anda kena rancang dengan suami siapa yang bakal hantar anak-anak ke sekolah atau rumah pengasuh ikut giliran sebelum keluar bekerja pukul 7.00 pagi.

career+mom

4. Senaraikan ‘APA PATUT BUAT’
Tiba saja di pejabat, segera tulis list what to do dan letakkan mana yang harus diutamakan yang mesti diselesaikan ikut prioriti pada hari tersebut. Ini salah satu cara elak daripada bawa kerja ofis pulang ke rumah.

images11

5. Sediakan Bahan Asas Untuk Seminggu
Wanita bekerjaya tidak punya banyak masa untuk memasak. Bagi mudahkan kerja-kerja memasak, kisar bahan-bahan asas seperti bawang, halia dan cili untuk kegunaan seminggu. Kalau mahu buat sarapan, buat menu yang pantas siap dan enak dimakan.

images10

6. Jangan Letak Tempat Beku
Pasti anda sudah ada idea untuk masak, jadi alihkan lauk sejuk beku dari atas ke bawah sebelum bertolak ke tempat kerja untuk menjimatkan masa. Balik kerja, terus boleh masak!

images

7. Minta Suami Bantu Apa Yang Patut
Kejutkan suami supaya bangun awal dan minta dia bantu dalam membasuh, menjemur baju-baju yang sudah dipakai dan menggosok baju. Latih anak-anak seawal mungkin supaya mereka berjaya gosok baju dan lipat sendiri. Angkat baju setelah pulang kerja. Jika anda disiplin, anak-anak pasti cepat terikut!

images12

8. Fokus Beli Barang Mudahkan Kerja
Laburkan sedikit wang untuk dapatkan kemudahan terbaik bagi mengurus rumah. Sebagai contoh sediakan vakum, mesin pengisar bahan-bahan asas dan mesin basuh automatik. Kerja-kerja lebih pantas disiapkan. Ya, semua kerja boleh cepat siap walau anda seorang bekerjaya.

MomsSurvey

9. Ajar Anak-Anak Aktiviti Kemas Rumah
Biasakan anak-anak mengemas bilik sendiri setiap hari seperti lipat kain selimut, betulkan cadar dan lipat kain.

Unknown

10. Bangun Awal Dan Jangan Tidur Balik
Selalunya selepas sahur ada yang tidur balik. Seeloknya penuhkan masa anda selepas seawal pukul 5 pagi untuk tahajud dan memasak dan kemas rumah.

Working-mom

Banyak macam mana pun kerja, jangan lupa rehatkan badan. Wanita bekerjaya memang luar biasa dan itu satu anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan. Jangan lupa untuk beribadat dan banyakkan doa, mohon bantuanNYA untuk dipermudahkan segala urusan rutin harian yang mencabar setiap hari.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/