10 Tips Wanita Bercukur

Wanita Bercukur
Wanita Bercukur

Wanita Bercukur

Tentu anda tertanya-tanya adakah wanita bercukur sama seperti lelaki? Jawapannya adalah ya, wanita bercukur tetapi ada perbezaan dan tidak sama sekali dengan lelaki. Apa yang membuatkan wanita bercukur adalah untuk membersihkan bulu ari-ari yang tumbuh pada faraj, merapi bulu ketiak dan juga mencukur bulu kaki bagi wanita yang tidak suka menggunakan hair cream removal kerana bahan kimia yang terdapat di dalamnya.

Walaupun  dengan menggunakan wax atau threading dikatakan boleh melambatkan pertumbuhan bulu, tetapi masih ramai wanita memilih untuk bercukur. Namun begitu, cara dan penggunaan pencukur yang salah boleh membuatkan kulit kering, gatal-gatal dan menyebabkan iritasi pada kulit yang akhirnya meninggalkan parut yang hodoh. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, petua bahagia ada 10 tips yang anda perlu tahu untuk wanita bercukur.

1. Masalah Kulit Kering

Menurut kajian oleh Gillette, 60 peratus wanita bercukur mengalami masalah iritasi dan kulit kering. Untuk mengelakkannya, pilih pencukur yang mempunyai bilah yang sedikit kerana ia bukan sahaja boleh menghilangkan bulu tetapi juga akibat bilah yang banyak, ia juga mampu menanggalkan lapisan subdermal yang menyebabkan iritasi dan gatal-gatal.

2. Krim Pencukur

Sekiranya anda mahu bulu di bahagian badan tumbuh lebih lambat, gunakan krim pencukur kerana ia bukan sahaja melambatkan pertumbuhan bulu, ia juga membuatkan bulu baru tumbuh lebih halus daripada biasa.

3. Periksa Kandungan Krim Pencukur

Periksa krim pencukur terlebih dahulu. Sekiranya ia mengandungi alkohol atau pewangi, jangan beli kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan mengeringkan kulit selepas wanita bercukur akibat alahan.

4. Guna Perapi Rambut

Sekiranya krim pencukur anda habis, jangan sekali-kali menggantikan sabun sebagai krim pencukur kerana ia mengandungi banyak pewangi yang boleh mengeringkan kulit. Sebaliknya, gantikan dengan perapi rambut sekiranya keadaan terdesak.

5. Pencukur Lelaki

Jangan sesekali menggunakan pencukur lelaki kerana bentuknya telah direka khas untuk kaum lelaki yang tidak sesuai buat wanita bercukur. Penggunaan pencukur khas untuk wanita juga mengelakkan anda daripada terluka ketika bercukur.

6. Tukar Bilah Pencukur

Tukar pencukur dengan kerap kerana bilah pencukur akan menjadi tumpul setiap kali menggunakannya. Bilah yang tumpul membuatkan anda cuba mencukur di satu-satu bahagian badan dengan frekuensi yang banyak dan berpotensi untuk menyebabkan luka dan iritasi.

7. Jangan Berkongsi

Walau serapat mana anda dengan rakan serumah, jangan sesekali berkongsi pencukur dengan mereka. Secara logiknya, ia tidak bersih untuk berkongsi dan sekiranya anda tidak tahu tuan punya pencukur itu menghidap HIV, anda mungkin boleh berjangkit tanpa anda sedari.

8. Air Panas

Mandi dengan air panas sebelum bercukur kerana ia boleh melembutkan kulit dan merehatkan folikel rambut yang memudahkan proses pencukuran.

9. Bedak 

Lebih baik untuk menyapukan bedak herba atau bedak bayi ke atas kulit yang baru dicukur berbanding losyen pelembab untuk mengelakkan gatal-gatal.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/