11 Hikmah Solat

hikmah solat
hikmah solat

hikmah solat

Hikmah solat, solat dari segi bahasa bermaksud doa dan dari sudut syariat bermaksud sesuatu ibadat yang berkaitan dengan ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

1) Hikmah solat pertama ialah solat yang khusyuk akan melahirkan jiwa dan insan terpuji -takutlah dengan janji azab Allah SWT keatas hamba-hamba yang ingkar dengan suruhan dan laranganNya.

2) Sesungguhnya hikmah solat adalah satu ketetapan yg diwajibkan ke atas orang-orang Islam pada waktu-waktu yang tertentu seperti firman Allah di dalam surah An-Nisa’/103.

3) Rasulullah SAW menempatkan solat sebagai rukun Islam kedua selepas syahadah kemudian membayar zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan melaksanakan ibadah haji.

4) Rasulullah SAW ketika ditanya tentang amal yang paling utama, baginda menjawab “solat pada waktunya” sedangkan orang yang melalaikan solat dihukum sebagai orang yang fasik dan tidak menikmati hikmah solat itu sendiri.

5) Hikmah solat punya kedudukan yang agung dalam Islam, memiliki faedah yang tidak terbatas, bermanfaat untuk kesihatan, memberi kesan kebaikan dalam kemasyarakatan dan hidup berperaturan.

6) Solat tidak hanya disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad SAW sahaja bahkan kepada seluruh umat seperti perintah Allah kepada Maryam ibunda Nabi Isa AS didalam surah Al-Imran/43.

7) Rasulullah SAW menerima kewajipan solat dari Allah SWT tanpa perantaraan pada malam Isra’ Mi’raj di Sidratul Muntaha langit ke 7.

8) Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut/45 yang bermaksud “…dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah diri dari perbuatan yang keji dan mungkar…”

9) Hikmah solat dengan berwudhuk sebelum solat dapat menggugurkan dosa lampau dan membolehkan seseorang dalam keadaan bersih suci ketika menghadap Allah untuk mencapai 3 keistimewaan dalam solat iaitu ikhlas, khusyuk, dan zikrullah seperti firman Allah di dalam surah Toha/14.

10) Hikmah solat yang khusyuk dapat meredakan tekanan jiwa, mengawal denyutan jantung, meningkatkan gelombang otak, dan memperoleh ketenangan kurniaan Allah SWT.

11) Hikmah solat yang ikhlas mendapat rahmat dari Allah dan tergolong orang yang berjaya di dunia dan di akhirat seperti firman Allah dalam surah Al-Mu’minun/1&2.

Barakallahuliwalakum…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/