11 Kebaikan Bijirin Barli

Bijirin Barli
Bijirin Barli

Bijirin Barli

Adakah anda suka minum air bijirin barli? Dalam keadaan cuaca panas ini amatlah sesuai meminum air bijirin barli kerana selain dikatakan mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan kepanasan dalam tubuh. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Bijirin barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Serat yang tidak mudah larut dalam bijirin barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

1. Rambut Sihat

Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil bijirin barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.

2. Kulit Anjal

Bijirin barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.

3. Buang Toksin

Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.

4. Awet Muda

Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.

5. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Bijirin barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Tinggi Serat

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis bijirin barli lain.

7. Tingkatkan Glukosa

Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

8. Makanan Tambahan Untuk Pesakit Diabetes

Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

9. Mengurangkan Risiko Sakit Kanser

Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semulajadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Bijirin barli mengandungi tokol yang tinggi.

10. Rawat Luka Dan Melecur

Bijirin barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka melecur akibat terbakar.

11. Kawal Berat Badan

Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/