11 Kebaikan Buah Lemon

Kebaikan Buah Lemon
Kebaikan Buah Lemon

Kebaikan Buah Lemon

Buah lemon yang berwarna kuning yang berbentuk oval ini memang kaya dengan magnesium, karbohidrat, potassium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B serta C. Telah terbukti, jus buah lemon mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi. Ia digunakan dalam perubatan, masakan, makmal eksperimen dan juga agen pembersih. Secara turun temurun, buah lemon sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Mari bersama admin untuk admin senaraikan beberapa sebab mengapa anda perlu jadikan buah lemon sebagai ‘teman baik’ anda untuk menjaga kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Antara 10 Kebaikan Buah Lemon:

1. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Air buah lemon sangat baik kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada minda dan tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan kemurungan.

2. Merawat Sakit Tekak

Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada buah lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.

3. Masalah Rambut Nipis Dan Berkelemumur

Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.

4. Menurunkan Berat Badan

Jus buah lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.

5. Penjagaan Gigi 

Air buah lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan daripada bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi.

6. Rawatan Kulit Berjerawat

Lemon dan jerawat? Dalam fikiran anda mesti pedih bukan? Kesan pedih itu hanyalah untuk seketika sahaja. Ia bertindak untuk membunuh bakteria yang ada sebelum mengecutkan jerawat tersebut. Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.

7. Baik Untuk Perut

Lemon boleh membantu melegakan rasa mual, mulas dan juga membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih bagi kotoran yang ada dalam perut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, campuran jus lemon yang diperah dengan air suam dan kemudian minum. Mudah, cepat dan sedap! Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

8. Cegah Nafas Berbau

Jus lemon sangat membantu dalam mencegah dan menghilangkan nafas yang berbau. Ia akan membuatkan mulut kita menjadi lebih segar dan wangi. Anda boleh berkumur dengan jus lemon yang diperah atau campurkan dengan air suam dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengunyah hirisan lemon selepas waktu makan untuk meneutralkan semula bau nafas dan mulut anda. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

9. Terbaik Untuk Penjagaan Kulit 

Buah lemon, merupakan ubat antiseptik yang semulajadi, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit. Lemon ialah buah sitrus yang kaya dengan vitamin C, ia boleh meningkatkan kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam. Ia membuatkan wajah lebih berseri-seri serta bertindak sebagai ubat anti-penuaan. Dapat menghilangkan kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan kulit yang melecur boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk yang boleh mengurangkan kesan lecuran pada kulit.

10. Membantu Pengelupasan Sel Kulit Mati

Buah lemon mengandung AHA (Alpha-Hidrocxy Acid) yang dapat membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati. Perah buah lemon dan ambil air perahannya, celupkan kapas pada air perahan buah lemon dan sapukan di seluruh wajah setelah dibersihkan. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Kulit wajah anda akan kelihatan bercahaya dan terasa lembut.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/